Home » » Senyuman Itu Satu Sedekah

Senyuman Itu Satu Sedekah

Senyuman Satu Sedekah
Sudahkah anda bersedekah hari ini? Sedekah paling mudah ialah memberikan senyuman kepada orang sekeliling. Bermurah hati menghadiahkan senyuman bukan saja akan membuat orang berasa senang hati, malah ia memberi banyak kesan positif kepada diri kita sendiri.

Senyuman bukan saja membuatkan kita tampak menarik dan mesra serta mudah didekati, bahkan ia boleh memperbaiki emosi, mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran malah mampu membantu merangsang sistem imun serta merendahkan tekanan darah.


Seyuman Itu Sedekah

Selain itu senyuman juga menggalakkan badan badan menghasilkan hormon endorfin, penahan sakit semula jadi dan serotonin. Gabungan tiga hormon ini akan membuat kita berasa senang hati dan selesa. Senyuman boleh dianggap sebagai ubat semula jadi.

Oleh kerana senyuman ini mudah `berjangkit', tanpa disedari kita membantu mengubah emosi orang lain dan mencetuskan keadaan menyenangkan.

Senyuman akan membuatkan kita nampak lebih yakin dan secara tidak langsung mendorong kita menjadi individu lebih positif. Satu fakta yang tidak kurang penting, ia turut menjadi ejen awet muda.



Affiliates

 
Chatroom