Home » » Tanda dan cara pencegahan penyakit Chikungunya

Tanda dan cara pencegahan penyakit Chikungunya

Chikungunya penyakit bawaan nyamuk

CHIKUNGUNYA adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini di beberapa buah tempat di Eropah. Ia juga sering berlaku di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

Punca berlaku jangkitan

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada Genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

Kaedah jangkitan

Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes Albopictus atau Aedes Aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.



Tanda-tanda dan gejala penyakit

* Demam panas mengejut

* Sakit teruk pada sendi

* Ruam pada badan

* Sakit kepala

* Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit Chikungunya yang menyerupai demam denggi.

Rawatan penyakit

Penyakit Chikungunya tidak membawa kepada kematian. Namun pesakit akan mengalami gejala secara berpanjangan. Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tidak mempunyai kaedah rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

Selain itu, rawatan yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).

Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan agar membanyakkan minum air dan istirahat yang cukup.

Pesakit akan diasingkan dan sebolehbolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada gigitan nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.

Cara pencegahan penyakit Chikungunya
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong-royong. Terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong-royong.

Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya.

Tidur menggunakan kelambu.

Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk Aedes.

Pasang penghadang nyamuk pada tingkap.

Gunakan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga.

Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat pendingin hawa.

Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.

Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit. - Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 



Affiliates

 
Chatroom