Home » » Mitos: Tak boleh makan telur selepas pembedahan

Mitos: Tak boleh makan telur selepas pembedahan

Mitos: 
Selepas melakukan pembedahan tidak boleh makan telur kerana luka boleh bernanah.

Fakta

Telur kaya dengan vitamin dan mineral.



Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline. Choline adalah antara nutrisi penting, terutama untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi, malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Selain harga murah, telur juga mengandungi sumber protein yang tinggi dan mengandungi vitamin D semula jadi.

Justeru, mitos yang mengatakan telur tidak boleh diambil selepas menjalani pembedahan sebenarnya tidak benar malah pengambilannya sangat digalakkan.

Jawapan disediakan Perunding Pakar Bedah Am dan Laparoskopi Pusat Perubatan Columbia Asia, Setapak, Dr Muhammad Nizam Daud



 
Chatroom