Home » » Panduan dan tips kurangkan gout

Panduan dan tips kurangkan gout

7 panduan kurangkan gout

Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1 Kekalkan hidrasi

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air yang bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan mem- bina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2 Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3 Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Bagaimanapun, air yang sama diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4 Makan secara sihat Makan dengan betul.

Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan asid urik meningkat.

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan makan banyak produk tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5 Mengekalkan berat badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan ideal. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan turut meningkat.

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat, maka berat badan ideal akan dapat dikekalkan. Senaman juga penting untuk diamalkan.

6 Rehat

Tidur cara pemulihan terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

7 Halia

Halia digunakan beriburibu tahun lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari semasa ke semasa kerana ada banyak ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati di kaunter perubatan.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.




Affiliates

 
Chatroom