Home » » Khasiat Coklat Untuk Kecantikan Kulit

Khasiat Coklat Untuk Kecantikan Kulit

Khasiat Coklat Untuk Kecantikan Kulit

Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan.

Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.

Menyangkal mitos kononnya ia membuatkan kulit lebih mudah berjerawat, coklat sebaliknya dikelaskan sebagai makanan yang sihat kerana kandungan nilai antioksidan tinggi padanya.

Menariknya, coklat mempunyai bahan yang mampu melembutkan kulit memandangkan ia kaya dengan mentega koko yang selalunya turut diselitkan dalam losyen badan dan kosmetik yang ada di pasaran.

Kuasa melembap yang ada padanya dikatakan mampu mengurangkan garis halus dan menghalang radikal bebas merosakkan kandungan elastin, kolagen dan protein yang ada pada kulit.

Ia juga mampu membuang sel kulit mati dan membantu merangsang pertumbuhan sel baru. Apabila coklat yang sudah dicairkan disapu pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dicuci, ia membuatkan kulit terasa lembap, sekali gus sesuai dijadikan pelembap wajah yang berkesan.

Selain disapu, pemakanan berasaskan bahan daripada coklat juga mampu membantu menjaga kolagen dan melawan kerosakan akibat sinar matahari kerana ia kaya dengan zat baik iaitu flavanoid.

Penggunaan coklat sebagai rawatan kecantikan masih baru dan mula disedari masyarakat moden yang semakin peka terhadap bahan kecantikan dari alam semula jadi dan sedia mencuba sesuatu yang baru.

Melihat kepada faedahnya, tidak hairanlah apabila semakin banyak spa kecantikan menggunakan coklat sebagai antara bahan rawatan kulit yang popular.

Penggunaan coklat sebagai resipi kecantikan bagi mendapatkan kulit sihat dan gebu boleh dicuba sesiapa saja di rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Antaranya membuat sendiri lulur coklat bersama kelapa bagi membuang sel kulit mati. Ia boleh dihasilkan dengan cara memanaskan gula dalam minyak kelapa kemudian masukkan serbuk koko ketika ia masih panas. Masukkan juga serbuk oat supaya ia mempunyai tekstur kasar yang boleh digunakan sebagai lulur.



Semua bahan yang sudah sejuk itu kemudiannya digosok pada kulit dengan gerakan membulat untuk membersihkan tubuh daripada daki dan sel kulit mati.

Bagi penyediaan pupur wajah pula, coklat boleh digabungkan bersama teh hijau kerana kedua-duanya mempunyai antioksidan tinggi yang baik untuk kulit.

Ia boleh dihasilkan dengan cara mencampurkan koko, madu dan susu krim sehingga sebati dan sapukan pada kulit. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Gabungan koko, madu dan minyak badam yang digaul sehingga pekat serta disapu pada kulit wajah dan badan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta berseriseri.

Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga keduaduanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.



Affiliates

 
Chatroom