Home » » Bakteria baik, probiotik beri perlindungan terhadap jangkitan influenza

Bakteria baik, probiotik beri perlindungan terhadap jangkitan influenza

Bakteria baik, probiotik beri perlindungan terhadap jangkitan influenza
Sehingga 27 April 2013, seramai 110 kes telah disahkan menghidapi virus jangkitan avian influenza A (H7N9) dilaporkan kepada WHO (World Health Organization) oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Kebangsaan Negara China. 23 orang telah meninggal dunia dan majoriti kes-kes tambahan dianggap sebagai masalah serius. Kebanyakan kes yang telah dilaporkan datangnya dari tiga wilayah: Anhui, Jiangsu dan Zhejiang, dan dua majlis perbandaran iaitu Beijing dan Shanghai. Semua lokasi adalah bertempat di Timur dan Utara China.

Sehingga kini, maklumat mengenai jangkitan yang disebabkan oleh virus dan bagaimana jangkitan ini boleh tersebar sangat terhad. Jangkitan ini amat membimbangkan kerana kebanyakan pesakit kini berada dalam keadaan tenat.

Setakat ini, tiada petunjuk yang menyatakan ia boleh disebarkan sesama manusia, namun siasatan mengenai penyebaran virus ini diantara manusiahaiwan dan manusia-manusia masih giat dijalankan.

Bakteria baik (probiotik) memberi perlindungan terhadap jangkitan influenza.

Baru-baru ini wabak influenza H7N9 telah mewujudkan keresahan orang ramai berhubung dengan virus influenza, yang boleh merebak di seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat. Bagi mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi, terutamanya orang-orang tua, bayi, wanita hamil dan lain-lain, jenis baru virus influenza ini boleh membawa maut.

Ubat-ubatan dan vaksin

Berdasarkan wabak H7N9, kita telah melihat bagaimana virus tersebut boleh merebak di seluruh dunia hanya dalam masa beberapa minggu. Oleh itu, sekiranya telah dijangkiti; kita tidak boleh hanya bergantung semata-mata kepada ubat-ubatan untuk rawatan. Walaupun terdapat ubat-ubatan yang boleh merawat influenza sebaik sahaja anda dijangkiti, ia pada dasarnya hanya membantu mengurangkan jangkitan, dan perlu diambil secepat mungkin selepas jangkitan. Terdapat juga kebimbangan bahawa ubat-ubatan tidak lagi berupaya memberikan kesan positif kepada jangkitan virus. Sehubungan dengan itu, para saintis perlu terus menerus mencari inisiatif baru untuk mengatasi masalah ini. Jadi, kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum dijangkiti.

Mencegah lebih baik dari merawat

Dari segi pencegahan, terdapat dua kaedah yang boleh diambil- pencegahan rutin dan vaksin. Vaksin adalah bahan antigen yang digunakan untuk merangsang sistem imunologi tubuh bagi membentuk antibodi spesifik agar dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit. Vaksin hanya boleh dihasilkan selepas berlakunya sesuatu wabak; ini kerana fungsi vaksin adalah spesifik terhadap satu jenis jangkitan virus sahaja dan ia perlu diuji terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat digunakan oleh manusia.

Pencegahan rutin

Ternyata, kita perlu lebih fokus terhadap pencegahan rutin. Ianya sudah menjadi kebiasaan untuk mengamalkan kaedah asas kebersihan seperti mencuci tangan kita serta berkumuh, menutup mulut dan hidung kita apabila bersin, mengelakkan tempat-tempat awam dan menggunakan topeng apabila mempunyai gejala selesema bagi mengelakkan jangkitan virus.

Walau bagaimanapun, tidak ramai di antara kita yang sedar tentang satu lagi dimensi dalam pencegahan rutin, yang melibatkan imuniti badan kita atau `kuasa semula jadi' kita yang berupaya menentang penyakit.

Salah satu bahagian imunisasi kita dipanggil imuniti semula jadi (innate immunity), memainkan peranan penting dalam mencegah kita daripada dijangkiti oleh virus. Kita boleh menguatkan imuniti semulajadi ini dengan mengambil makanan yang berkhasiat, bersenam selalu, mengurangkan kadar stress, rehat secukupnya dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Kajian saintifik membuktikan keberkesanan strain Shirota

Pengambilan bakteria hidup adalah berguna untuk melawan jangkitan selesema dalam saluran pernafasan. Penyelidik Jepun baru-baru ini mendapati bahawa pengambilan susu kultur yang mengandungi Lactobacillus casei Shirota strain pada setiap hari boleh membantu melindungi daripada jangkitan influenza, melalui kesan peningkatan sistem imunisasi badan kita.

Kajian menunjukkan bahawa strain Shirota boleh digunakan untuk membantu meningkatkan imuniti semula jadi bagi mengelakkan jangkitan virus influenza dalam saluran pernafasan, bukan sahaja di kalangan orang dewasa yang sihat, tetapi juga di kalangan orang tua dan bayi.

Diterbitkan dalam klinikal dan Makmal Diagnostik Imunologi, kajian telah dijalankan oleh Prof Hisako Yasui beserta pasukannya dari Shinshu University Jepun telah menjalankan penyelidikan mengenai Shirota strain (bakteria probiotik) dan kesannya untuk memberi perlindungan terhadap selesema, bertahun-tahun lamanya.

Melalui eksperimen ke atas tikus putih, Prof Yasui telah menunjukkan bahawa strain Shirota berupaya membantu meningkatkan aktiviti sel NK paru-paru (sebahagian daripada imuniti semula jadi) 2.5 kali; gamma interferon (sebahagian daripada imuniti semula jadi) sebanyak 12 kali. Selain itu, ia membantu mengurangkan virus dalam saluran hidung sebanyak 90 peratus.

Dalam eksperimen ini, bayi tikus, tikus tua dan tikus dewasa diberi makan strain Shirota sebagai sebahagian daripada diet mereka dan kemudiannya, didedahkan kepada virus influenza melalui hidung mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa imuniti semula jadi kumpulan ini meningkat dengan ketara berbanding dengan kumpulan tikus yang tidak diberi makan strain Shirota.

Bagi tikus tua, saya memberi mereka makan dengan 0.05% Shirota strain selama 4 bulan secara berterusan; ini adalah bersamaan dengan dos satu botol Yakult setiap hari untuk manusia, jelas Prof Yasui dengan lebih lanjut.

Probiotik tidak kekal di dalam usus kita, mereka bergerak di sepanjang saluran penghadaman serta menyerap nutrien daripada makanan yang kita makan dan akhirnya disingkirkan dari badan sewaktu kita membuang air besar. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil probiotik setiap hari bagi memastikan bakteria baik berada di tahap optimum di dalam usus kita pada setiap masa. Yakult Ace dan Yakult Ace Light yang terdapat di Malaysia mengandungi lebih daripada 30 bilion Shirota strain hidup dalam setiap botol, menawarkan satu kaedah yang mudah untuk meningkatkan imunisasi anda setiap hari. Sumber: Yakult (M) Sdn Bhd



 
Chatroom