Home » » Sinopsis Misiku Kuza (Astro Ria) lakonan Erin Malek,Arja Lee

Sinopsis Misiku Kuza (Astro Ria) lakonan Erin Malek,Arja Lee

Sinopsis Misiku Kuza

Misiku Kuza memberi fokus kepada kehidupan di hospital, mengisahkan tentang suka duka kehidupan pelatih jururawat di sebuah kolej kejururawatan di ibu negara.

Khuzaimah atau Kuza (Erin) sangat meminati bidang kejururawatan sejak kecil lagi kerana ingin mengikuti jejak arwah ibunya.

Akhirnya cita-cita itu tercapai meskipun tahu profesion itu bakal mendedahkannya kepada pelbagai ke-renah di tempat bekerja nanti.

Mempunyai perwatakan yang menarik, sikap ceria dan bersemangat Kuza turut membuatkan seorang pesakit di hospital berkenaan iaitu Airiel (Hairul) tertarik kepadanya. Sifat kelakarnya sedikit sebanyak menjadi penghibur dan pengubat duka hati Airiel selepas kehilangan kekasihnya yang terkorban dalam kemalangan.

Drama Misiku Kuza


Pada masa sama, Kuza turut diuji dengan kehadiran seorang doktor yang ternyata sangat dibenci kakitangan di situ kerana sikap bongkaknya serta bermulut lancang. Meskipun kacak, sikapnya memang menjengkelkan dan Kuza dipertemukan pula dengannya.

Sejak itu, dia sering menjadi mangsa buli doktor Aaron (Arja) ditambah pula sememangnya mempunyai kuasa di hospital berkenaan dan sebaik menyedari sikap Kuza yang kelam-kabut serta lurus bendul, makin galak dia membulinya.

Dijadikan cerita, Aaron dan Airiel adalah adik-beradik namun tidak bersefahaman. Aaron pernah membantah keras sewaktu Airiel mengambil keputusan untuk menikahi kekasihnya, Suzana menyebabkan pertengkaran berlaku.

Semakin mengenali Aaron, Kuza bagaimanapun mula menyedari sifat sebenar kenapa doktor berkenaan sangat berkeras terhadap jururawat di hospital terbabit. Daripada ‘musuh ketat’ akhirnya mereka semakin akrab.

Dari situlah pergolakan cinta tiga segi berlaku antara mereka di mana Aaron dan Airiel masing-masing berusaha memenangi hati Kuza. Kesannya paling dirasai Aaron yang kini berbelah bagi sama ada untuk mengorbankan cinta demi adik tercinta atau tidak.

Berkonsepkan komedi romantik, siapakah yang akhirnya dipilih Kuza dalam siri yang akan bersiaran sebanyak 13 episod berkenaan?

Sebuah drama daripada produksi Radius One Sdn Bhd, saksikan Misiku Kuza setiap Isnin, 10 malam, secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104).
Pelakon Misiku Kuza:  Hairul Azreen, Erin Malek dan Arja Lee



 
Chatroom