Home » » » Tip Kecantikan Selebriti - Cara Erra Fazira Jaga Kecantikan

Tip Kecantikan Selebriti - Cara Erra Fazira Jaga Kecantikan

Tip Kecantikan Selebriti - Cantik Cara Erra Fazira

* Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Selain daripada menggunakan krim pelindung cahaya matahari, Erra sentiasa memakai pakaian pelindung. Contohnya, ketika memandu dia akan memakai jaket lengan panjang untuk menutup tangannya. Dia juga tidak pernah keluar meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

* Jangan lupa bahagian leher, tangan dan dada serta bahu yang terdedah. Saya selalu menggunakan produk yang sama pada wajah di semua bahagian ini. Selain itu, krim tangan harus sentiasa ada di dalam beg bagi memudahkan saya mengekalkan kelembapan serta kelembutan tangan.

* Berlembut dengan kulit anda, Apabila menyolek pada bahagian mata, saya tidak pernah menarik kelopak mata kerana ia akan menyebabkan kekenduran kulit dari semasa ke semasa jika kerap dilakukan. Kadang-kadang, saya elak minum menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

* Manjakan diri anda dengan melakukan rawatan kulit wajah. Saya pergi melakukan aktiviti ini di Pusat Kecantikan Kulit Estee Lauder sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kulit kerana proses pembersihan menyeluruh seperti pengelupasan dapat dilakukan oleh pakar terapi bertauliah menggunakan peralatan khusus yang tidak kita punyai di rumah.

* Amalkan diet sihat. Apa yang anda makan kadang-kadang boleh `muncul' pada bahagian kulit. Jika anda makan makanan terlalu berminyak, kemungkinan besar, masalah jerawat akan menyerang kulit. Atas sebab itu, saya selalu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C serta anti oksidan membantu menyingkirkan radikal bebas. Contohnya, salad Romaine, brokoli, bayam, tomato, epal dan buah beri.

Erra Fazira


* Kekal aktif. Saya cuba meluangkan masa untuk bermain badminton sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dengan menjadi aktif, ia membantu menggalakkan peredaran darah, badan lebih cergas dan pada masa sama, lebih bertenaga.

* Cukup tidur. Jadual saya amat padat tetapi saya akan cuba pastikan sekurang-kurangnya dapat tidur selama lapan jam sehari. Kulit mengalami proses pembaikan secara sendiri pada waktu malam dan jika rutin tidur secukupnya diabaikan, kulit anda akan menunjukkan tanda-tanda tidak diingini.

* Minum air secukupnya. Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari untuk kegunaan bahagian badan tertentu termasuk sel-sel kulit. Air membantu mengekalkan kulit terhidrat dari dalam. Masalah kekurangan air sering membawa kepada penipisan kulit yang akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus serta kedutan muncul. Oleh itu, saya selalu minum dua gelas air pada waktu makan, satu sebelum dan satu selepas makan.




 
Chatroom