Home » » Jodoh Itu Milik Kita (Trailer + Sinopsis Drama), mulai 19 Ogos 2013

Jodoh Itu Milik Kita (Trailer + Sinopsis Drama), mulai 19 Ogos 2013

 
Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita

Jodoh Itu Milik Kita menceritakan  perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.

Pada hari pernikahan, Syaf iq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.

Jodoh Itu Milik Kita
Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya?

Jodoh Itu Milik Kita, mulai 19 Ogos 2013, Isnin - Rabu, 10 malam.

Drama bersiri 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina) dan Heriyanto (Haikal).

Adaptasi novel karya Sara Aisha menjadi pilihan syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil untuk dipertontonkan ke kaca TV.




Affiliates

 
Chatroom