Home » » Sinopsis Escape Plan, filem lakonan Sylvester Stallone

Sinopsis Escape Plan, filem lakonan Sylvester Stallone

Sinopsis Escape Plan

Escape Plan mengisahkan seorang jurutera struktur, Ray Breslin lakonan Sylvester Stallone yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.

Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri.

Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi yang membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu.

Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar untuk memboloskan diri daripada penjara rekaannya sendiri kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.

Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones).

Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.

Escape Plan dibintangi Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegge,Curtis `50 Cent' Jackson, Sam Neill dan Vincent D'Onofrio.

Filem aksi ngeri arahan Mikael Hafstrom



Affiliates

 
Chatroom