Home » » Biodata Profil Aziz Harun (Penyanyi Brunei)

Biodata Profil Aziz Harun (Penyanyi Brunei)

Biodata Profil Aziz Harun

Nama: Aziz Harun
Asal: Brunei Darussalam
Umur: 17 tahun (2015)
Artis kesukaan: Jason Mraz dan Ed Sheeran

Media Sosial Aziz Harun

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Aziz-Harun/109541969067417

Youtube: http://www.youtube.com/jambul212

Quotes Aziz Harun
“Saya tidak lihat muzik itu sebagai satu pekerjaan. Muzik adalah perkara yang saya sangat minati dan itu adalah passion saya.

Aziz Harun yang berasal dari Brunei ini merupakan nama baru yang mula mendapat perhatian dengan single terbaru beliau yang bertajuk “Senyum”. Baru sahaja berumur 16 tahun, namun beliau mampu untuk menarik perhatian Faizal Tahir dan juga Mike Chan untuk menghasilkan lagu “Senyum” ini.

Aziz Harun sudah menceburi di dalam bidang seni seawal umurnya 3 tahun dan beliau mula terlibat secara aktif dalam industri muzik ketika menyertai ‘Bintang Kecil’ pada tahun 2009 dan telah menjuarai pertandingan tersebut.  Kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana pada tahun 2010, Aziz Harun telah melancarkan single pertamanya yang berjudul ‘Peace and Harmony’. Pada tahun 2012 pula, beliau telah dijemput untuk ke Bandung, Indonesia dan menjadi salah seorang artis yang membuat persembahan di 4th Marketplace Creative Arts.



Single kedua beliau yang bertajuk ‘Never Gonna Stop’ pula telah dilancarkan pada Mei 2013 dan pada tahun 2014, Aziz Harun sekali lagi menyajikan para peminat beliau dengan single baru iaitu “Senyum”. Lagu yang dihasilkan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan ini baru sahaja dilancarkan sebulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong corong radio.

Selain dari itu, muzik video “Senyum” baru sahaja dimuat naik di YouTube pada 14 Januari yang lalu dan telah mendapat lebih dari 10 ribu tontonan dalam masa 2 hari sahaja. Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Aziz Harun.

“Senyum – Aziz Harun” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, Deezer, KKBOX, dan juga Spotify.



 
Chatroom