Home » » Sinopsis Neraka Dunia (Cerekarama TV3)

Sinopsis Neraka Dunia (Cerekarama TV3)

Sinopsis Neraka Dunia

Telemovie Neraka Dunia mengisahkan seorang suami iaitu lakonan Fahrin Ahmad yang begitu mengagungkan kejelitaan wajah isterinya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk isterinya menjalani rawatan kecantikan muka.

Tetapi keadaan wajah wanita itu tidak seperti yang diinginkan kerana kawan lamanya lakonan Raja Ilya telah memasukkan racun ke dalam botox yang digunakan. Hal itu menyebabkan dia mengalami keperitan dan kesakitan sehingga dia disahkan mengalami penyakit kanser kulit.

Neraka Dunia

Suaminya pula kemalangan jalan raya sehingga buta penglihatan. Namun suaminya terpaksa pura-pura buta  kerana ingin menjaga hati isterinya yang begitu paranoid dengan wajah yang semakin teruk.

Setelah lama menderita, akhirnya wanita tersebut meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa suaminya itu sebenarnya masih boleh melihat.

Neraka Dunia merupakan sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Dalam pada itu, telemovie Neraka Dunia berdasarkan kisah benar itu bakal dipertontonkan Februari 2015 menerusi slot cerekarama siaran TV3.

Telemovie Neraka Dunia lakonan Fahrin Ahmad,Nur Fathia,Raja Ilya



 
Chatroom