Home » » Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015)

Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015)

Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015) 

Datuk Nik Aziz Nik Mat (MURSYIDUL Am PAS), 84, yang meninggal dunia malam pada 12 Februari 2015 adalah seorang ahli politik hebat dan mengabdikan dirinya dengan parti itu sejak 1967.

Sejarah bukan saja mencatatkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 tetapi juga seorang ahli politik paling kontroversi.

Nik Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 1931.

Beliau yang mendapat pendidikan di India, Pakistan sebelum mendapat Sarjana Perundangan Islam di Mesir pada tahun 1960-an.

Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015)
Selepas pulang ke tanah air, Nik Aziz yang ketika itu berusia 31 tahun, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga pilihan kedua orang tuanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata itu memasuki PAS pada 1967 dan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Ahmad Abdullah pada 1969. Beliau menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu sehingga 1986 sebelum berpindah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api.

Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990 selepas pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang dalam Pilihan Raya Umum dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Pada Mei 2013, sebaik sahaja PAS mendapat mandat memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum, Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan diganti oleh Datuk Ahmad Yaakub.

Ia adalah satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri kerana sebelum itu tiada ura-ura yang beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Mursyidul Am PAS dan sering memberi komen terhadap pelbagai isu politik semasa. ~ BH



 
Chatroom