Home » » Andai Kutahu - Ungu

Andai Kutahu - Ungu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

By Ungu

......................

Kumpulan Indonesia seperti Ungu semakin popular di Malaysia. Tetapi adakah kumpulan atau ppenyanyi Malaysia begitu dikenali di Indonesia? Rasanya tidak. Mungkin mereka hanya mengenali beberapa kerat nama seperti Siti Nurhaliza dan Search. Penyanyi baru nampaknya masih bertatih untuk menjual nama di Indonesia yang pasarannya begitu lumayan jika dapat ditembusi.

Berbalik kepada lagu Ungu ini, saya akui saya suka. Suka sangat. Mungkin liriknya begitu syahdu. Saya menilai sesuatu lagu bukan sahaja dari segi melodinya tetapi yang paling utama senikatanya. Jika senikatanya tunggang langgang atau tiada nilai estetika, saya sukar menyukai lagu tersebut. Bagi saya muzik adalah seni. Jadi, sesuatu lagu itu, biarlah berseni.

Namun begitu, saya layan juga muzik anak muda sekarang seperti hip hop. Sesekali, kita kena juga ambil tahu apa yang 'in' atau 'hip' pada generasi sekarang. Nanti ketinggalan zaman pula.

Huhuhuhu...



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

haha..begitulah kehidupan..kalau x, masakan wujud pepatah ini,
kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak..

Catat Ulasan

 
Chatroom