Home » » » Kaedah Mengawal Marah

Kaedah Mengawal Marah

KAWAL kemarahan anda pada masa anda hampir naik radang dan melakukan sesuatu yang anda mungkin akan menyesalinya kemudian.

Langkah yang boleh diambil:

1. Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila anda berasa bahang kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri anda daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.


2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan anda itu mempunyai alasan yang kuat.


3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan anda. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan anda.


4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya anda merasakan ketua anda melayani anda secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat anda.

5. Keletihan boleh membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.

6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.

7. Sekiranya anda tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.

8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan anda dengan lebih mudah. Jadualkan hari anda dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.

9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.

Sumber: Berita Harian



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom