Home » » Makanan segera antara punca sakit

Makanan segera antara punca sakit

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my
LEBIH makan dan kurang makan. Dua keadaan berbeza namun membawa musibah yang sama. Itulah yang berlaku di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia ketika ini yang dipanggil malnutrisi.

Kedua-duanya membawa kepada penyakit kardiovaskular dan diabetes. Di negara ini, hampir lima peratus daripada penduduknya mengalami penyakit kardiovaskular.

Amalan pemakanan makanan berkhasiat berlebihan adalah punca kepada obesiti, iaitu masalah yang semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk dunia. Di Malaysia, 26 peratus penduduknya mempunyai berat badan berlebihan. Keadaan itu membimbangkan banyak pihak termasuk doktor dan pakar pemakanan.


Sebaliknya, kekurangan makanan berkhasiat terjadi apabila nutrien yang dikehendaki tubuh tidak diambil pada jumlah yang betul. Fenomena ini masih baru tetapi ia semakin kerap berlaku. Statistik terbaru menunjukkan tiga peratus rakyat negara ini menghadapi keadaan itu.

Pengarah Pasukan Sokongan Pemakanan di John H Stroger Jr Hospital, Chicago, Amerika Syarikat, Dr Krisnan Sriram yang dijemput Abbott Nutrition untuk bertemu komuniti perubatan tempatan dan orang awam bagi membincangkan faedah pengambilan makanan yang betul dalam forum awam, baru-baru ini.

Beliau berkata, tabiat memakan terlalu sedikit atau tiada langsung makanan yang betul memberi kesan tidak sihat sama seperti makan secara berlebihan.
Beliau yang juga pakar pemakanan antarabangsa ia boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

Katanya, hidangan lengkap dan seimbang boleh membantu seseorang mencapai berat badan ideal, membina dan mengekalkan fungsi tubuh yang sihat selain meningkatkan keupayaan tenaga ketika melakukan aktiviti harian.

"Hidangan lengkap dan seimbang terdiri daripada makanan mesra jantung yang mempunyai lemak tepu dan kolesterol rendah, tidak mengandungi trans lemak, mengandungi gentian, vitamin dan mineral dalam jumlah yang betul," katanya.

Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini biasanya tidak mengambil hidangan seimbang kerana jadual kerja dan gaya hidup yang sibuk sebaliknya lebih suka memesan makanan segera sama ada yang dibungkus atau ditinkan.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom