Home » » Quaker Oat ajak sihatkan jantung

Quaker Oat ajak sihatkan jantung

Oleh Wan Noor Zurita Wan Hassan

PENGAMBILAN makanan yang seimbang berperanan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup bagi menjamin kesihatan. Tabiat pemakanan tidak baik, kurang bersenam, merokok dan tekanan hidup menyebabkan kebanyakan rakyat negara ini menghadapi risiko penyakit jantung, selain tekanan darah tinggi, paras glukosa dan kolesterol yang tinggi serta berat badan berlebihan.

Menyedari kepentingan itu, Pepsico International Sdn Bhd (Pepsico) menerusi Quaker Oat, jenama pemakanan terkenal tampil menganjurkan Program Pendidikan Kesihatan Jantung Quaker Oat (QSHP) bagi meningkatkan usaha mendidik pengguna menangani penyakit jantung.

Pengurus Besar Pepsico Malaysia, Jagrut Kotecha, berkata penubuhan QSHP mencerminkan keinginan syarikat korporat yang penyayang dan bertanggungjawab bagi membantu mengawal peningkatan penyakit jantung yang semakin menular di Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana dapat memainkan satu peranan yang penting melalui QSHP dengan membantu orang ramai melindungi diri mereka daripada penyakit jantung,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran QSHP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sempena pelancaran itu, Pepsico Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) yang diwakili Pengarahnya, Datuk Gurbkhash Singh bagi menjayakan program berkenaan. Turut hadir, Pengarah Perubatan YJM, Datin Dr Liew Yin Mew.

Pada majlis itu, Kotecha turut menyerahkan replika cek berjumlah RM150,000 kepada Kotecha sempena penajaan QSHP sebagai inisiatif kepada program Jantung sihat anjuran YJM.

Dana itu akan digunakan untuk menghasilkan risalah pendidikan, buku kecil dan buku masakan oleh pihak yayasan. QSHP turut membiayai iklan khidmat komuniti di dalam akhbar untuk YJM sempena Hari Jantung Sedunia pada September ini.

Sejak dianjurkan, QSHP sudah menjalankan 2 aktiviti pendidikan utama iaitu Cabaran Jantung Bijak Quaker pada Mei lali. Program yang masih berlangsung di Majlis Sukan negara itu bertujuan membantu peserta membuat perubahan dalam diet harian dan gaya hidup selama 30 hari untuk mengurangkan paras kolesterol darah tinggi. Cabaran itu membabitkan pengambilan hidangan oat setiap hari oleh peserta dan kaunseling daripada pakar berhubung diet, aitiviti fizikal dan berat badan.

Cabaran kedua pula ialah penerbitan siri artikel pendidikan dalam akhbar utama untuk menyampaikan nasihat dan amalan berguna kepada pengguna bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pada 1998, Pentadbiran Makanan dan Uba-ubatan Amerika Syarikat ada mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan bijiran oat sebagai diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sebagai makanan ideal bagi semua peringkat umur, oat mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua serta menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk membuat roti, biskut, mufin dan kek.

Kajian mendapati, amalan menikmati satu dan tiga perempat cawan bijirin oat sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak dan rendah kolesterol boleh membantu menurunkan kolesterol darah individu. Mulakan tabiat memakan oat hari ini bagi menjamin jantung yang lebih sihat!

FAKTA: Oat

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri dan mencegah penyakit jantung.

Emping oat bukan saja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah, tetapi menjamin kesihatan usus dengan membekalkan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten yang diperlukan untuk membaharui sel usus.

Oat mengandungi lebuh banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E, berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom