Home » » Tips Mengelak Gastrik

Tips Mengelak Gastrik

BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:

Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.

Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.

Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.

Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.

Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.

Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya pun nak menempek berkongsikan pengalaman saya tapi bukan saya yang sakit tapi orang rumah saya. Dah lama dia gastrik (lebih 30 tahun dah) tapi sejak dua dan tiga tahun kebelakangan ini semakin teruk. Segala macam ubat doktor yang dah cuba dan macam-macam petua dah guna, kadang kadang ada sedikit perubahan tapi tak lama. Satu hari tu, kawan saya bagi emel sorang sifu perubatan alternatif dari Perlis. Nama sebenarnya Dr. Shamsinar (tapi lelaki) dan sifu ni katanya dah lama jadi buruan orang korporat kerana hebatnya tuh…Segan jugak nak email kat sifu korporat ni, maklumlah kita ni golongan marhaen je tapi saya cuba gak antar email tanyakan perubatan alternatif buat isteri saya kalau adalah. Pagi saya antar, petang dia jawab. Disyorkan saya beli ramuan herbanya. Tak mahal sangatlah. Set untuk 10 hari pertama cuma RM65 (ini cerita 3 bulan lepas. Sekarang tak tahu plak). Dia bagi 2 jenis. Yang satu dalam uncang…kira teh herba le kut dan satu jenis lagi berbentuk kapsul. Tak mahu cerita panjanglah tapi syukur pada Tuhan memang orang rumah saya rasa sangat banyak perubahan. Tak sakit kepala selalu dan teruk cam dulu, tak sesak nafas dan tak pedih perut teruk macam dulu. Sekarang ni sifu tu cuma bekalkan uncang teh herba dia saja untuk diamalkan. Kalau nak cuba, email je pada dia……beserijaya@yahoo.com .Tapi kena ingat jugak, mungkin perubatan dia sesuai untuk isteri saya tapi tidak pada anda. Kerja Tuhan kan….

Catat Ulasan

 
Chatroom