Home » » Panduan bentuk bibir menyerlah

Panduan bentuk bibir menyerlah

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

MEMILIKI ulas bibir merah merekah bak delima sentiasa menjadi impian setiap wanita. Namun, persoalannya, bagaimana mahu memiliki bibir yang segar, lembut dan sihat kerana sesetengah wanita berdepan alahan apabila menggunakan gincu bibir tertentu.

Sehubungan itu, kenali bibir anda. Abaikan mitos yang biasa didengar jika inginkan sebentuk bibir menyerlah.

Mitos 1: Produk perawatan bibir (lip care ) seperti perapi bibir, pelindung bibir atau balm bibir beraroma buah boleh menyebabkan bibir kering dan pecah.

Fakta: Aroma dihasilkan kandungan pewangi atau perisa hanya unsur tambahan. Semua produk perawatan bibir biasanya mengandungi pelembap seperti Vitamin E atau pelindung tabir suria yang sesuai dioles ke bibir.

Mitos 2: Menggunakan gincu bibir jenis matte (tidak berkilat) boleh menyebabkan bibir kering.

Fakta: Bibir mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka dengan sinar matahari. Jika bibir kering apabila mengenakan gincu bibir matte, ia adalah disebabkan kandungan minyak dalam bahan pelarutnya terlalu sedikit, bahkan tidak mengandungi air. Penggunaan yang terlalu kerap menyebabkan bibir tidak terlindung dan menjadi kering.

Mitos 3: Kebiasaan menjilat bibir membuatkan bibir sentiasa kekal lembap.

Fakta: Air liur mengandungi kelenjar dan enzim tertentu. Kebiasaan menjilat bibir boleh menyebabkan iritasi pada kulit bibir yang tipis hingga mengakibatkan bibir bertambah kering.

Mitos 4: Menambah olesan gincu secara berulang selepas warna asal yang disapu hilang tidak mendatangkan sebarang mudarat.

Fakta: Sebaiknya bibir dibersihkan terlebih dulu sebelum menyapu warna baru jika sapuan pertama dibuat selang beberapa jam. Ini kerana sapuan pertama tadi sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan sisa makanan. Jika diteruskan juga, dikhuatiri akan mencemarkan stik gincu anda.

Mitos 5: Amalan menyapu madu sebelum tidur menjadikan bibir lembap dan sihat.

Fakta : Madu mengandungi kadar gula yang memberikan nutrisi pada bibir selain dapat menggantikan pelembap bibir. Selain madu, masker parutan aprikot dan lidah buaya juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk bibir.

Mitos 6: Merawat bibir dengan pupur, skrub atau produk pengupasan kulit (peeling) selain membuang kulit mati pada wajah, juga boleh dikenakan pada bibir ketika membersihkan muka.

Fakta: Produk pembersih wajah mengandungi zat pembersih aktif, sabun yang kuat serta butiran skrub yang kasar. Jika disapukan pada bibir, akan akan menyebabkan iritasi pada kulit bibir yang halus.

sumber: www.bellasugar.com



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom