Home » » Fizikal: Treadmill tahap pertengahan

Fizikal: Treadmill tahap pertengahan

Jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis memberi panduan senaman treadmill bagi mereka yang berada di tahap pertengahan. (Seseorang pengunjung dianggap mencapai tahap pertengahan selepas empat minggu melakukan senaman treadmill).

Untuk senaman treadmill tahap pertengahan, sesi senaman yang dicadangkan adalah:

1. Lima minit sesi memanaskan badan

Tetapkan kelajuan treadmill pada tahap tiga.

Tetapkan kecondongan pada tahap empat untuk meningkatkan darjah kekuatannya.

2. 30 hingga 40 minit sesi senaman

Tetapkan kelajuan treadmill antara lima hingga enam.

Tetapkan kecondongan pada tahap enam hingga lapan.

3. Dua hingga lima minit sesi menyejukkan badan

Tetapkan kelajuan treadmill pada tahap dua.

Tetapkan kecondongan pada tahap kosong.

Cara menetapkan kadar kecondongan

Setiap kali melakukan senaman treadmill, badan anda harus bersedia bertindak terhadap ‘kejutan’ daripada aktiviti yang anda lakukan. Proses ini dipanggil high intensity interval training - tempoh latihan darjah kekuatan (HIIT). Berbanding aktiviti berjalan atau berjoging, senaman treadmill yang mempunyai peringkat berbeza boleh mendatangkan kejutan kepada tubuh badan. Untuk menghadapi kejutan ini, tubuh badan lazimnya memerlukan lebih tenaga daripada apa yang dibakar sebelum ini dan tenaga ekstra ini diperoleh daripada lemak badan yang terkumpul. Dari situ, kesihatan kardiovaskular dapat dipertingkatkan.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom