Home » » Mawi bayang jadi suami Disember

Mawi bayang jadi suami Disember

Desas-desus yang menyatakan penyanyi popular, Mawi akan mengakhiri zaman bujang dengan kekasih hatinya, Nora'Ashikin Rahmat atau Ikin pada Disember ini mungkin menjadi kenyataan.

Penyanyi berkenaan semalam mengakui akan bercuti panjang sepanjang bulan itu kononnya untuk 'menyelesaikan pelbagai agenda peribadinya'.

"Saya akan bercuti untuk merehatkan diri setelah lama bekerja. Sepanjang cuti itu saya boleh buat banyak perkara, macam-macam saya akan buat," kata Mawi ketika ditemui pada majlis pengumuman beliau sebagai duta baru Walls di sini semalam.

Mawi bagaimanapun tidak memberi penjelasan terperinci mengenai tarikh pernikahan, sebaliknya akan membuat satu sidang akhbar khas untuk mengumumkan berita baik itu selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Malah, dia juga menafikan sudah memilih tarikh 21 Disember sebagai hari bersejarahnya dengan Ikin.

~ Kosmo!



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom