Home » » Laman Web Suhaimi - http://www.suhaimi.com.my

Laman Web Suhaimi - http://www.suhaimi.com.my

Bagi peminat lagu nasyid dan ketuhanan, bolehlah membeli album dari Suhaimi berjudul Kalamak. Untuk review album tersebut, anda boleh melayari laman webnya di http://www.suhaimi.com.my

Petikan dari Metro

Pernah mencipta nama bersama kumpulan Inteam, Mohd Suhaimi Saad atau Suhaimi meneruskan minatnya dalam dunia nyanyian dengan menghasilkan album solo.

Keputusan Suhaimi untuk bergerak sendirian turut mendapat restu peminat dan penjualan album sulungnya Kias Cinta mencecah hampir 10,000 unit menjadi bukti.

Hampir dua tahun menyepi, dia kembali dengan album kedua, KalamaK memuatkan lapan lagu dan dua zikir dan diedarkan Strategic Communication Sdn Bhd.

Suami kepada Diana Naim ini mengambil langkah bijak memanfaatkan kemajuan teknologi apabila turut memasarkan KalamaK di internet menerusi laman web:www.suhaimi.com.my.

Berasa yakin dengan pengalaman diperoleh sepanjang bersama Inteam, dan album solo terdahulu, kali ini Suhaimi cuba mengetengahkan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu dan lirik dengan menghasilkan keseluruhan karya dimuatkan dalam KalamaK dan menerbitkannya.

Begitupun bagi memastikan pembikinan KalamaK tidak seperti syok sendiri, dia meminta rakannya yang turut aktif menerbit dan menulis lagu Nasyid iaitu Amar dan Hafiz Hamidun membantu.

Selain itu semua lagu dihasilkan terlebih dulu diperdengarkan kepada peminat bagi mendapat maklum balas sama ada ia bagus ataupun tidak.

Menilai lagu dicipta Suhaimi rata-rata bekas guru ini lebih senang menghasilkan irama berentak balada sesuai dengan kemampuan vokalnya.

KalamaK, Cahaya Mata, Roda Harapan dan Rona Cinta antara lagu yang menyerlahkan kelebihan Suhaimi, manakala EzZahra' dan Syukur pula memperlihatkan dimensi berbeza kerana ia menampilkan penyanyi ini mendendangkan lagu berentak sedikit rancak.



1 Komen:

jazrul berkata...

bagus la kumpulan nasyid ada laman web sendiri
Malaysia Web Design

Catat Ulasan

 
Chatroom