Home » » Wanita sedut lemak bahu

Wanita sedut lemak bahu

NEW YORK: Belum pun reda kegilaan ramai terhadap rawatan kosmetik seperti menegangkan kulit dan pembedahan merampingkan pinggang dan perut, kini wujud satu lagi kaedah yang semakin diminati – menyedut lemak daripada bahu untuk kelihatan kurus seperti aktres popular, Keira Knightley dan penyanyi, Madonna.

Pakar bedah di New York melaporkan peningkatan bilangan wanita yang menjalani rawatan menyedut lemak di bahu bagi memastikan mereka mampu kelihatan seperti dua selebriti berkenaan.

Menurut pakar itu, semakin ramai wanita mengunjungi pusat kecantikan meminta pembedahan itu dilakukan yang didakwa dapat membolehkan mereka kelihatan lebih ramping dan menawan.

Malah, kegilaan pembedahan menyedut lemak di bahu itu hanya menunggu masa untuk tiba di Britain.

Dr Douglas Steinbrech, pakar bedak plastik di Manhattan, mengakui kliniknya semakin kerap dikunjungi wanita Britain yang mahu mendapatkan rawatan itu.

Kosnya antara £2,000 - £5,000 (RM14,000 - RM35,000) dan ia dimulakan dengan proses menyuntik ubat bius pada bahu.

Proses seterusnya membuat potongan sedalam lima milimeter ke bahu untuk menyedut keluar lemak dari bahagian berkenaan.

Ada pakar bedah yang bertindak menggunakan rawatan laser untuk memecah dan mencairkan sel lemak terlebih dulu sebelum disedut keluar.

"Ramai pesakit saya mahukan bahu seperti Madonna dan Keira Knightley," kata Dr Steinbrech.

"Prosedur ini lazimnya bagi mereka yang sudah pun bertubuh kurus dan ramping. Biarpun sering bersenam di gimnasium, masih ada bahagian tubuh tertentu yang sukar dibentuk menerusi senaman seperti pada bahagian bahu, lutut dan buku lali.

"Saya tidak melakukan kaedah ini ke atas wanita yang gemuk."

Dr Steinbrech berkata, rawatan sedutan lemak pada bahu itu tidak sakit dan mereka boleh kembali bekerja selepas beberapa hari. – Agensi



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom