Home » » San Fransisco - Kota si bujang

San Fransisco - Kota si bujang

Jika berkunjung ke San Fransisco, jangan terkejut jika anda melihat ada banyak restoran di sekitar bandar itu, malah menurut pemandu pelancong yang membawa penulis dan rakan media lain dari Malaysia, di pusat bandar saja ada lebih 300 restoran yang menyajikan pelbagai hidangan daripada makanan Barat hingga sajian Jepun.

Ini tidak menghairankan kerana San Fransisco dihuni oleh mereka yang masih belum berkahwin sehingga digelar kota untuk si bujang. Dianggarkan lebih 60 peratus daripada penduduknya adalah bujang dan sebahagian besar adalah warga tua sehinggakan pemandu pelancong secara berjenaka memaklumkan sukar untuk melihat kanak-kanak kecil di bandar itu.

Dengan populasi yang agak tinggi iaitu lebih 700,000 di bandar, tidak menghairankan jika perniagaan makanan boleh pesat membangun kerana penduduknya lebih senang menikmati makanan termasuk sarapan pagi di restoran.

Pada dasarnya, San Fransisco mempunyai pelbagai tarikan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai antara bandar terbesar di Amerika Syarikat (AS) khususnya di bahagian barat California. Antara destinasi menarik ialah Fishermen Wharf, kawasan pelancongan yang menempatkan pelbagai kedai cenderamata dan restoran makanan laut.

Selain itu, penulis juga berpeluang berkunjung ke Golden Gate Bridge yang kononnya nama berkenaan diperoleh daripada kilauan keemasan yang dipancarkan oleh jambatan sepanjang sejauh 1.2 batu itu.
KAWASAN perumahan di pinggir bandar raya San Francisco.

Golden Gate Bridge menggunakan 10,000 gelen cat berwarna jingga, sekali gus memancarkan sinaran keemasan dan menurut sejarah cat berkenaan disumbangkan penduduk setempat kerana kekurangan bajet untuk menyiapkannya. Kini, ternyata usaha penduduk tempatan berbaloi kerana jambatan yang dibina pada 1933 dan dibuka untuk operasi hanya pada 1937 itu kini menjadi antara tarikan utama pelancongan.

Selain terkenal sebagai destinasi pelancongan tepi pantai, San Fransisco juga berada dalam peta dunia berikutan kehadiran penjara di pulau Alcatraz yang dikatakan menempatkan banduan paling berbahaya di AS. Alcatraz juga terkenal dengan sebagai penjara yang paling ketat kawalannya. Mitos juga menggambarkan tiada banduan mampu melarikan diri dari pulau itu kerana lautan di sekitarnya penuh dengan jerung putih, bahkan dikatakan berhantu kerana kebanyakan banduan mati di situ.

Justeru, tidak lengkap jika anda berada di San Fransisco tanpa berkunjung ke pulau yang kini dihuni ribuan burung camar. Kedudukan Alcatraz tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa 10 minit perjalanan menaiki feri yang bertolak setiap 30 minit sekali dari jeti di Fisherman Wharf ke pulau berkenaan.

Begitu pun, melihat kedudukannya yang begitu dekat dengan pantai, hati tertanya-tanya sejauh mana kebenaran mitos yang didengar selama ini. Menurut catatan yang disediakan untuk pelawat, tiada jerung di kawasan berkenaan mahupun banduan yang mati kerana diseksa melainkan sakit tua. Malah, penjara itu ditutup tidak lama selepas dua banduan dikatakan berjaya melarikan diri ke tanah besar.
LALUAN naik ke penjara Alcatraz.

Menariknya, kini beberapa bekas banduan Alcatraz menjadi popular dan turut diangkat ikon pulau itu, selain gambar mereka menghiasi cenderamata seperti kole, pinggan dan pelekat peti sejuk. Bukan itu saja, ada bekas banduan yang turut mengaut keuntungan dengan menulis buku mengenai pengalaman mereka sebagai banduan yang pernah menghuni penjara paling digeruni di dunia itu.

Ketika lawatan itu, penulis dan rakan media lain sempat menemui seorang bekas banduan yang dijemput khas untuk berada di penjara berkenaan bagi menandatangani autograf! Tetapi, kami tidak dapat berada lama di pulau berkenaan kerana suhu terlalu sejuk dan ditambah angin kencang menyebabkan kebanyakan pelawat mengambil keputusan untuk segera kembali ke tanah besar.

Malah, sepanjang lima hari di San Fransisco, suhu begitu sejuk sehingga mencecah 8 darjah Celsius, dan ini tidak menghairankan kerana kedudukannya yang berjiran dengan Lautan Pasifik.

INFO: San Francisco

# Bermula daripada pekan kecil sebelum dijajah pelayar Sepanyol 1776.

# Penjajahan Sepanyol berakhir pada 1821 dan San Fransisco menjadi sebahagian daripada pemerintahan Mexico.

# Penemuan emas pada 1848 di California khususnya di San Fransisco menyebabkan perkembangan pesat di pekan itu sehingga menjadi bandar terbesar di barat Amerika.

# Pada mulanya hanya tertumpu kepada aktiviti pertanian dan perikanan bertukar menjadi bandar yang sibuk dipenuhi ribuan pelombong yang datang dari seluruh dunia berikutan berita mengenai penemuan emas atau lebih dikenali sebagai Gold Rush.

# Pada 1906, berlaku gempa bumi sebesar 8.2 pada skala Rickter yang menyebabkan kebakaran di San Fransisco apabila berlaku kebocoran paip gas.

# Kebakaran itu memusnahkan dua pertiga daripada bandar berkenaan.

# Gempa bumi yang melanda itu menjadi hikmah tersembunyi bagi San Fransisco kerana selepas musnah teruk dalam kebakara, ia dibina semula menerusi perancangan teliti.

# San Fransisco adalah bandar raya moden yang menjadi tarikan pelancong dan dikatakan mempunyai paling ramai penduduk berbilang bangsa di dunia.

# San Fransisco juga sudah lama mempunyai kereta kabel yang menjadi penghubung kepada kawasan penting di sekitar bandar berkenaan, malah menjadi tarikan pelancong.

# Kawasan perumahan Victoria yang pernah digunakan untuk beberapa siri televisyen popular, Full House pada 1980-an.

# Sebuah rumah berwarna biru di kawasan perumahan Victoria pernah digunakan untuk filem Kindergarden Cop lakonan Arnold Schawarzeneggar.

FAKTA: San Fransisco

# Diasaskan pada 29 Jun 1776.

# Terletak di California.

# Lokasi menarik, antaranya Golden Gate Bridge, pulau Alcatraz, Menara Coit, kawasan perumahan Victoria.

Oleh Fadzlena Jafar



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Very nіcе post. I just stumbled uρon your blog and wanted to say that I haνe really enjoyed browsing уouг blog ρosts.
After all I'll be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

My weblog - InternetSite

Tanpa Nama berkata...

Do you havе a ѕρam issue on this website; I also am a blogger,
and I wаs wondеring уour ѕituation; many of us havе dеvelopеd sοme nicе practicеs and ωe are lοokіng tο
еxchаnge techniques with othеr folκs, bе ѕuгe to shoot me an email if
intеrеstеԁ.

My blog post; Americas Cardroom Poker Bonus

Catat Ulasan

 
Chatroom