Home » » Ujian Saringan Kesihatan

Ujian Saringan Kesihatan

Saringan kesihatan ini mengambil masa hanya beberapa jam dan yang perlu dilakukan ialah membuat persediaan dengan berpuasa selama 10 jam sebelum pemeriksaan. Ini bermakna anda tidak boleh makan selepas jam 10 malam.

Bagi kebanyakan orang, saringan kesihatan dilakukan sejurus selepas diterima bekerja iaitu ketika kita berusia awal atau pertengahan 20-an. Namun apabila umur meningkat antara 35 hingga 40 tahun, saringan kesihatan perlu lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan setiap tahun bagi golongan berusia melebihi 50 tahun.

Menurut Perunding Gastroenterologi dan Penasihat Kesihatan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Dr Abdul Malik Jamal Bukhari, keperluan saringan kesihatan menjadi lebih kerap jika seseorang itu menghidap penyakit tertentu bagi memastikan penyakit mereka terkawal.

Contohnya, pesakit kencing manis perlu menjalani ujian kesihatan (ujian darah) setiap tiga hingga empat bulan dan setiap enam bulan bagi individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, manakala enam hingga 12 bulan sekali bagi pesakit hepatitis B.

Apa yang diuji dalam saringan kesihatan ini? Apabila anda menjalani saringan kesihatan, beberapa perkara akan dilakukan iaitu pengambilan darah dan air kencing serta ujian tekanan.

UJIAN DARAH

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.

a. Kiraan Darah Keseluruhan

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting kerana ramai orang, terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.

Pada masa sama, kiraan sel darah putih juga dilakukan. Sel darah putih sangat penting. Ia sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit. Manakala platelet pula berfungsi membantu proses pembekuan darah.

Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.

b. Paras gula (glukos)

Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.

Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, ada juga ujian glukos yang dilakukan secara rawak iaitu tidak perlu berpuasa. Untuk keadaan begini, paras yang normal ialah kurang daripada 7.8 milimol/liter dan anda dikategorikan sebagai penghidap kencing manis jika melebihi 11 milimol/liter.

c. Profil kolesterol

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:

# Paras kolesterol keseluruhan — mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Bagaimanapun, menurut Dr Abdul Malik, ukuran ini tidak penting kerana ia mencampurkan ukuran paras kolesterol baik (HDL) dan buruk (LDL).

Jika paras HDL dan LDL sama-sama tinggi, ukuran keseluruhan kolesterol akan menjadi tinggi. Sebaliknya jika paras HDL tinggi, LDL sederhana — ia juga boleh memberi bacaan yang tinggi. Justeru, kita perlu melihat kepada pecahan ukuran kolesterol seseorang.

Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.

Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.

Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.

Ukuran trigeliserida (kolesterol jenis minyak) yang normal pula perlu kurang daripada 1.7 milimol/liter. Untuk penentuan tahap trigliserida ini, seseorang itu perlu berpuasa kerana parasnya akan berubah menjadi tinggi jika banyak makanan makanan berlemak. Ini sebabnya kita tidak digalakkan menjalani ujian ini jika anda banyak menghadiri kenduri.

d. Ujian fungsi hati

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

“Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.

“Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.

“Masalahnya, ramai tidak menyedari kerana ia tidak mempunyai gejala. Namun kita boleh membuat andaian seseorang itu ada masalah ini jika dia gemuk atau terlalu gemuk,” kata Dr Abdul Malik.

e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)

Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.

Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang. Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.

Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.

“Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

“Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri,” katanya.

UJIAN AIR KENCING

Ujian air kencing untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:

a. Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.

b. Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.

c. Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.

UJIAN TEKANAN

Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).

Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian lanjutan, sama ada imbasan CT atau angiogram bagi mengetahui masalah sebenar.

Manakala ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.

Ujian tambahan bagi wanita


Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap untuk mengesan kanser serviks.

UJIAN PENANDA KANSER

“Ketepatan ujian ini masih diperdebatkan. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.

“Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.

“Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik,” katanya.



9 Komen:

zubir jamhari berkata...

saya dah lama xbuat ujuan darah. rasanya elok pergi buat ni.

Tanpa Nama berkata...

SYa nk tau apa maksud bg ENZIM GGT dlm fungsi hati...plezz.sapa yg blh bntu disini

Tanpa Nama berkata...

But even nofollow links bring extra visitors to the individual community website that best fits their
needs. So, pay attention to internet marketing, not interested
in it at all, so no sites will be penalized because your articles
and content are reproduced many times over. Whatever the cost
and combinations of internet marketing packages are quite affordable to draw in the desired benefits.
It would still depend on the competition and stay ahead as well.


Also visit my blog post ... boston search engine optimization

Nasrina nash berkata...

sye ingin minta pendapat , sye baru berumur 20 tahun , dua tahun yang lalu dan lagi kerap pada masa sekarang sye mengalami , pening kepala dan rasa agin apa bila sye mengambil makanan seperti daging,keju ,gula ,sye juga pernah megalami tekanan darah tinggi mencecah 160/90, sye juga mempuyai masalah apa bile hendak menderma darah , darah sye tidak lancar dan amat pekat dengan umur yang muda perlu ke saya mengambil ujian darah .

Tanpa Nama berkata...

Here's our verdict on the ones we reckon will be this year's must-have - is just
one of those average Kids Video Games systems. What happened to the peace and quiet I have observed this with my son and his connected friends are more
like fully-functioning digital zombies they play and converse quite fluently with each other.


Look into my website :: video games magazine

hafizmd berkata...

Terima kasih utk perkongsian terperinci ini...

terbaik..

Tanpa Nama berkata...

Ada cara nak dapat ujian darah di pathlab ..setiap tahun boleh dapat ..jom tengok blog saya https://medisavers2u.wordpress.com/

Unknown berkata...

Kasiat daun misai kucing

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Unknown berkata...

Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....300 gram sy jual rm35..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

Catat Ulasan

 
Chatroom