Home » » Tip kawal berat badan

Tip kawal berat badan

Biarpun tidak sempat memperuntukkan waktu bersenam, ada beberapa langkah mudah boleh dilakukan untuk mengubah suai tabiat seharian.

- Jika menggunakan perkhidmatan bas, turun satu hentian sebelum hentian yang sepatutnya bagi membolehkan anda berjalan lebih ke tempat dituju. Jika sukar melakukannya ketika hendak ke tempat kerja kerana bimbang banyak berpeluh, lakukan apabila anda hendak pulang ke rumah.

- Untuk mereka yang berkenderaan, letakkan kereta jauh sedikit supaya anda lebih banyak berjalan.

- Jika ingin ke tempat rakan sekerja di pejabat, usah gunakan telefon, sebaliknya berjalan ke meja rakan anda itu.

- Memang mudah dan cepat menggunakan lif tetapi biasakan diri menggunakan tangga.

- Jika sering duduk semasa bekerja, ambil peluang yang ada untuk berdiri.

Mengawal berat badan memerlukan masa dan usaha. Seseorang itu mungkin melakukan kesilapan lantas mudah untuk berputus asa. Harus banyak bersabar kerana hasilnya pasti berbaloi.

Kebanyakan orang boleh mengawal berat badan mereka sendiri tetapi ramai juga yang perlukan bantuan daripada orang lain. Tidak salah meminta bantuan keluarga atau rakan. Apapun, mereka juga harus benar-benar memahami betapa pentingnya mengawal berat badan dan tahap kesihatan diri supaya mereka dapat membantu.

Usah lupa mendapatkan nasihat daripada golongan profesional di bidang ini seperti doktor, pakar pemakanan dan ahli terapi fizikal.



1 Komen:

intan berkata...

ingin mengurangkan berat badan?
mungkin ini boleh membantu anda..
http://intan-fiber.blogspot.com

Catat Ulasan

 
Chatroom