Home » » Bentuk generasi berguna melalui pemakanan

Bentuk generasi berguna melalui pemakanan

Gejala sosial khususnya di kalangan remaja hari ini semakin membimbangkan semua. Penyalahgunaan dadah, arak, mat rempit, bohsia dan seks antara gejala buruk yang menyelubungi golongan tersebut khususnya remaja Melayu.

Selain kurangnya pendidikan dari segi kerohanian, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa masalah-masalah ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan makanan yang diambil setiap hari.

Makanan yang tidak mengikut sunah Nabi merupakan salah satu daripada sebab mengapa berlakunya gejala sosial yang semakin sukar dibendung ini.

Penceramah bebas, Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, pengambilan makanan mengikut sunah Nabi penting untuk membentuk kerohanian anak-anak, namun malangnya masyarakat hari ini ramai yang tidak memahaminya.

Katanya, Islam amat menitik beratkan pemakanan dan minuman yang berkhasiat, berkualiti, bersih, halal dan sebagainya bagi membentuk generasi berilmu, beramal dan beriman.

Malah sejarah kaum Yahudi juga ujarnya, mementingkan pemakanan yang berkhasiat bagi anak-anak mereka seperti buah kurma dan zaitun yang telah diamalkan sejak zaman Nabi Adam dan Nabi Nuh.

''Bukan hanya sembahyang dan puasa sahaja yang mempunyai disiplin, malah cara makan juga mempunyai disiplin tersendiri seperti harus dimulakan dengan bacaan bismillah, menggunakan tangan kanan dan berselawat.

''Tokoh sufi wanita termasyhur, Rabiatul Adawiyah bukan hanya bangun malam untuk bertahajud tetapi begitu mementingkan makanan dan minuman yang diambil setiap hari.

''Apabila hendak menghidangkan makanan, beliau mesti mengambil tahu dengan duit apa makanan itu dibeli, adakah duit tersebut halal dan sebagainya. Ini kerana dia mahu memastikan makanan yang dimakan itu halal dan mendapat keberkatan Allah,'' ujarnya.

Oleh itu tambahnya, dalam setiap keluarga Islam, pastikan makanan yang diambil oleh anak-anak dan ahli keluarga lain adalah halal dan bersih.

Pastikan juga rezeki yang diperoleh itu halal agar anak-anak tidak diberi makan makanan yang diperoleh daripada hasil rasuah, pecah amanah, riba dan sebagainya.

Beliau berkata, ibu bapa mesti mengetahui cara mendidik anak-anak dengan betul, mempunyai kemahiran keibubapaan dan kaedah mendidik yang mengikut lunas Islam.

''Sebagai ibu walau sibuk mana pun, cari ruang untuk memasak bagi keluarga. Jangan cari alasan untuk tidak memasak. Jika tidak mempunyai banyak masa, masak makanan yang ringkas pun sudah memadai. Walaupun tidak dapat menyediakan makanan bagi setiap sajian, jika dapat satu sajian pun sudah mencukupi.

''Masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas disertai dengan doa dan zikir agar jiwa anak-anak yang memakan makanan tersebut menjadi lembut dan sentiasa mengingati Allah.

''Cari masa untuk makan bersama kerana makan bersama ahli keluarga ada keberkatannya. Cara ini juga akan merapatkan hubungan ibu dengan anak dan akan diingati oleh anak-anak hingga bila-bila.

''Ibu yang tidak memasak makanan untuk anak-anak akan kehilangan nikmat kasih anak pada ibu. Contohnya, setiap daripada kita pasti teringatkan makanan kesukaan yang dimasak oleh ibu kita sendiri walaupun ibu sudah tiada lagi. Dan makanan itu yang dirindui selama-lamanya.

''Saya ingin berpesan pada ibu-ibu bahawa senjata seorang ibu ialah doa untuk anak-anak. Apabila anak-anak ditimpa masalah dan kesusahan, berdoa dan bernazar untuk anak-anak. Nazar apa yang mampu kita buat seperti berpuasa, bersedekah, kenduri, khatam al-Quran dan sebagainya,'' ujarnya yang bersama suami Wan Akashah Wan Abdul Hamid, menjadi duta kepada produk jus Qaseh Adinda dan Kakanda, keluaran Ana Edar Sdn. Bhd..

Dalam pada itu Ana Edar Sdn. Bhd, sebuah syarikat jualan langsung yang berlandaskan kepada ajaran Islam, berusaha mencungkil kembali khazanah yang telah diamalkan oleh Islam turun temurun agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam pada hari ini.

"Contohnya jus Qaseh, minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tin, za'afaran, habbatus sauda, air zam-zam, gingko biloba, sirih, pegaga dan pelbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dihasilkan dengan campuran bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan piawaian amalan pengilangan Islam bagi memelihara kesucian rohani.

''Qaseh merupakan makanan lengkap untuk keperluan jasmani dan rohani. Istiqamah mengamalkan Qaseh terbukti amat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Mengapa kita tidak kembali kepada pemakanan sunah yang terbukti berkesan sejak hampir 1,500 tahun dahulu lagi,'' kata beliau.

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ana Edar, bolehlah menghubungi 03-61890484

Oleh MERAN ABU BAKAR



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom