Home » » Orang gemuk mungkin pendek umur

Orang gemuk mungkin pendek umur

Menjadi gemuk boleh mengurangkan beberapa tahun hayat seseorang dan dalam sesetengah kes mungkin berbahaya seperti merokok, kajian baru mengatakan.

Penyelidik British di Universiti Oxford menganalisis 57 kajian kebanyakannya di Eropah dan Amerika Utara, mengkaji hampir sejuta orang secara purata 10 hingga 15 tahun. Ketika itu, kira-kira 100,000 daripadanya meninggal dunia.

Kajian itu menggunakan Indeks Jisim Tubuh (BMI), satu ukuran membahagikan berat seseorang dalam kilogram kepada tinggi mereka dalam meter yang digandakan bagi mengenal pasti kegemukan. Penyelidik mendapati kadar kematian amat rendah di kalangan mereka yang mempunyai BMI antara 23 dan 24, paras tinggi dalam julat normal. - AP



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom