Home » » Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tentang Obesiti Kanak-Kanak

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tentang Obesiti Kanak-Kanak

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ketiga (HNHMS III) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 mendapati bahawa masalah obesiti di kalangan kanak-kanak paling ketara dalam lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah rendah.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor penyumbang termasuk kegagalan ibu bapa memahami keperluan pemakanan sebenar kanak-kanak ketika tempoh tumbesarannya.

Sebagai contoh kecenderungan ibu bapa membiarkan anak-anak terlalu bergantung makanan rapu (junk food) yang sememangnya diketahui tidak mengandungi khasiat-khasiat yang diperlukan untuk tubuh.

Begitu juga amalan mengunjungi rangkaian restoran makanan segera yang kian menjadi satu budaya di kalangan keluarga di bandar-bandar besar ketika ini.

Kesemua itu menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat yang sedikit sebanyak menjadi punca kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu ibu bapa perlu lebih memahami keperluan pemakanan kanak-kanak bagi tumbesaran yang optimum.

Ibu bapa perlu tahu tentang nutrisi dan faktor gaya hidup agar anak-anak mencapai potensi tumbesaran mereka.

Ibu bapa boleh memeriksa status tumbesaran anak mereka berdasarkan ketinggian dan berat badan serta analisis komposisi badan dengan menggunakan mesin berteknologi canggih yang dimiliki oleh badan kesihatan.

Ini akan diikuti oleh khidmat nasihat daripada pakar pemakanan yang disediakan.

Analisis komposisi badan adalah penting untuk mengetahui sama ada kanak-kanak mempunyai berat badan yang sihat memandangkan pada ketika ini kadar obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia sedang meningkat.

Menurut McKay, di Fernleaf mereka percaya susu dan produk tenusu adalah sumber pemakanan yang terbaik dan paling mudah untuk seisi keluarga.

Ini kerana ia mengandungi nutrisi penting bagi keperluan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan remaja.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom