Home » » Keperluan kalori menjelang Syawal

Keperluan kalori menjelang Syawal

Jika anda prihatin dengan bentuk badan, maka anda pasti akan lebih menitikberatkan tentang pengambilan kalori atau makanan seharian. Anda juga perlu mengetahui tentang kadar keperluan sumber tenaga mengikut kadar metabolisme asas atau dikenali Kadar Metabolisme Asas (BMR). Dengan mengetahuinya anda mampu merancang berapa banyak makanan yang perlu diambil seharian mengikut aktiviti terutama menjelang Syawal.

Apa yang anda perlu tahu?

~ Apakah tahap senaman atau aktiviti fizikal anda?

~ Apa itu kadar penggunaan tenaga melalui pembakaran kalori bagi penghasilan tenaga daripada makanan yang diambil atau dikenali sebagai Metabolic Equivalent (MET).

~ Apa itu BMR dan Kadar Metabolisme Aktif (AMR)?

~ Bagaimana anda mengukur jumlah kadar keperluan sumber tenaga seharian anda bagi kegunaan sistem badan dan aktiviti harian?

Apabila sudah mengenalpasti persoalan di atas, anda perlu tahu kadar keperluan tenaga daripada sumber makanan yang berkait rapat dengan tahap senaman atau aktiviti fizikal harian.

Tahap aktiviti fizikal anda boleh digambarkan melalui kekerapan dan aktiviti-aktiviti yang dijalan dalam kehidupan seharian seperti duduk, berdiri, berjalan, berkebun, bersenam, bersukan dan sebagainya. Secara ringkasnya tahap aktiviti fizikal anda boleh dikategorikan sebagai:

~ Sedentary iaitu sangat sedikit atau tidak melakukan sebarang senaman dalam sehari di mana ia memerlukan tenaga 1.2 Mets

~ Sedikit aktif iaitu sedikit melakukan senaman atau bersukan tiga hingga lima hari seminggu di mana ia memerlukan tenaga 1.5 Mets

~ Sederhana aktif iaitu sederhana melakukan senaman atau bersukan enam hingga tujuh hari seminggu di mana ia memerlukan 1.8 Mets

~ Sangat aktif iaitu melakukan senaman atau bersukan secara intensif enam hingga tujuh hari seminggu di mana ia memerlukan 2.0 Mets

~ Terlalu aktif iaitu melakukan senaman, bersukan dan kerja-kerja fizikal yang berat dua kali pada setiap hari di mana ia memerlukan 2.2+ Mets

Di samping itu, sebelum mengetahui kadar keperluan tenaga seharian, kita perlulah mengetahui kadar BMR dan AMR. Sebagai contoh, bagi lelaki dan perempuan berumur 38 tahun, dengan berat badan 60 kilogram dan ketinggian 1.63 meter mereka memerlukan lebih kurang 1443 kalori (lelaki) dan 1351 kalori (wanita) bagi BMR masing-masing dan keperluan tenaga keseluruhan (BMR + AMR) iaitu lebih kurang 1593 kalori (lelaki) dan 1501 (perempuan) di mana masing-masing dikategorikan sebagai golongan sedikit aktif yang melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menyapu, berbasikal atau sebagainya selama 60 minit.

Jika anda ingin mengekalkan bentuk dan berat badan, langkah-langkah berikut boleh diambil:

~ Ketahui keperluan kalori anda terlebih dahulu melalui kaunseling pakar berkaitan

~ Ketahui juga kandungan kalori makanan anda melalui pakar pemakanan dan nutrisi

~ Ketahui kategori aktiviti anda sama ada Sedentary atau sebagainya

~ Buat satu matlamat dan jadual aktiviti fizikal sepanjang minggu bagi mengekalkan tahap kesihatan, bentuk dan berat badan

~ Komited terhadap matlamat dan jadual seperti meluangkan masa untuk beriadah, bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu

~ Pengisian rohani penting untuk kejayaan anda mencapai matlamat yang dirancang

~ Tanamkan keyakinan bahawa anda adalah orang yang paling mahir menilai keperluan kalori dari pengambilan makanan.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom