Home » » Menggemari makanan manis

Menggemari makanan manis

Saya berusia 40 an dan mempunyai berat badan 68 kg dengan ketinggian 156. Saya menggemari makanan manis seperti pastry dan pemanis mulut. Keadaan ini membimbangkan saya dan ditambah dengan faktor umur. Saya cuba untuk mengawalnya namun hanya seketika sahaja. Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan keinginan ini?

TORIAH HJ SIDEK KL

JAWAPAN:
Makanan yang manis termasuk dalam kumpulan karbohidrat yang digunakan badan bagi menghasilkan tenaga. Jika kita tidak menggunakan tenaga ini, ia akan disimpan dalam badan sebagai lemak.Ini akan menyebabkan seseorang mengalami masaalah obesiti (gemuk). Untuk ketinggian 156 cm, berat badan puan yang normal sepatutnya 56 kg. Ini bermakna puan telahpun berlebihan berat badan sebanyak 13 kg. Keinginan memakan makanan manis adalah satu tabiat yang puan sendiri kena ubah. Memang sukar tetapi tidak mustahil kerana puan sendiri tahu ia menggemukkan badan.Disini ada beberapa langkah yang puan boleh buat untuk mengubah tabiat ini.

1. Makan buah-buahan sebagai pemanis mulut. Jangan makan pastri dan kuih-kuih manis.
2. Jangan simpan makanan manis langsung dirumah, sebaliknya pastikan ada banyak buah-buahan sebagai ganti.
3. Gantikan gula dengan pemanis tiruan (contohnya equal) bagi minuman puan
4. Jangan minum minuman manis dan berkarbonat. Biasakan minum air kosong. Jika teringin minuman manis, minum jus buah-buahan tanpa gula.
5. Jangan gunakan susu pekat manis dalam minuman dan masakan puan.Ia diperbuat daripada minyak kelapa sawit dengan kandungan gula yang sangat tinggi. Sebaliknya gantikan dengan susu rendah lemak dan pemanis tiruan.
6. Jangan lupa bersenam 3 ke 5 kali seminggu untuk membakar lemak yang sedia ada.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom