Home » » Mati akibat bedah plastik

Mati akibat bedah plastik



Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano, 38, mati akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan plastik di bahagian punggungnya.

"Wanita cantik ini sebenarnya sudah memiliki segala-galanya, tetapi mati kerana beliau mahu memiliki punggung yang lebih menarik," kata Roberto Piazza, seorang pereka fesyen dan juga teman rapat Magnano yang pernah muncul sebagai model dalam satu pertunjukan fesyen rekaan beliau.

Magnano, Ratu Argentina 1994 sudah berkahwin dan memiliki anak kembar berusia lapan tahun, menjalani pembedahan Khamis lalu di sebuah pusat pembedahan plastik di ibu negara Beunos Aires.

Beliau kemudian dikejarkan ke sebuah hospital Jumaat lalu, akibat mengalami komplikasi paru-paru dan kemudian dilaporkan mati pada Ahad lalu.

"Beliau menjalani pembedahan berkenaan kerana menyangka ia selamat," kata Guillermo Azar, rakannya yang juga dari dunia fesyen.

Sementara itu, bekas presiden persatuan pembedahan plastik, Juan Carlos Seiler, menyifatkan doktor yang melakukan prosedur terbabit mungkin bukan profesional dari pusat pembedahan plastik yang disahkan.

Magnano dilaporkan menjalani pembedahan yang membabitkan suntikan sehingga cecair berkenaan memasuki paru-paru dan otaknya. Majlis pengebumian Magnano kelmarin, turut disiarkan melalui televisyen Argentina.

Dr Gonzalo Cotes Tristan, berkata mangsa dikejarkan ke hospital beliau dalam keadaan sukar bernafas kerana paru-paru tersumbat.

Sebanyak 50,000 prosedur pembedahan plastik dilaporkan dijalankan di Argentina pada tahun 2008, menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus sejak tahun 2003 dengan kebanyakan yang menjalani pembedahan di negara itu, adalah rakyat asing yang mahu mendapatkan pembedahan kosmetik pada kos yang lebih murah. -AFP/AP



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom