Home » » Promosi Buku Borders Sempena Tahun Baru

Promosi Buku Borders Sempena Tahun Baru

Jimat di Borders

Rangkaian kedai buku Borders menggalakkan budaya membaca dengan memberi potongan harga kepada pembeli.

Bersempena kehadiran Tahun Baru, rangkaian kedai buku terkemuka, Borders mengambil peluang memberi ganjaran berbentuk penjimatan kepada pembeli atas sokongan mereka selama ini.

Selari dengan usaha menggalakkan budaya membaca juga, pembeli boleh mendapatkan potongan harga sebanyak 10 peratus di beberapa rangkaian kafe dan restoran terkemuka di seluruh Malaysia. Potongan harga ini boleh digunakan untuk pembayaran jumlah penuh bil di Starbucks, Kenny Rogers Roasters atau Krispy Kreme bagi setiap pembelian (resit tunggal) bernilai RM30 ke atas di Borders.

Selain itu, pembeli turut boleh menggunakan diskaun 10 peratus itu untuk pembelian mana-mana hidangan ala-carte di Wendy's. Ganjaran diskaun ini bagaimanapun harus digunakan pada hari yang sama.

Lebih menarik lagi, pembeli yang membeli buku-buku masakan terbitan Penguin bernilai RM80 ke atas juga akan menerima sebatang pembuka minuman beralkohol secara percuma.

Semua promosi ini berlangsung dari 3 Januari hingga 28 Februari 2010.

Untuk maklumat lanjut tentang diskaun atau sebarang promosi Borders yang lain, sila hubungi talian Borders di 03-2141 0288 (Berjaya Times Square), 7725 9303 (The Curve), 04-646 8758 (Queensbay Mall) dan 7727 9203 (Tropicana City Mall).



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom