Home » » Sinopsis Drama Aku Terima Nikahnya

Sinopsis Drama Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya mengisahkan Editor Majalah Anis, Sabrina yang masih belum bertemu jodoh. Sikapnya yang terlalu memilih menyebabkan dia digelar Andalusia oleh pengurusnya, Haji Salim. Sabrina seorang wanita cantik, lemah lembut dan berkerjaya. Dia juga sudah berasa tawar hati pada mana-mana lelaki selepas Anuar iaitu teman rapatnya cuba curang kepadanya.

Kemudian, akibat desakan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya semula. Sabrina juga menemui beberapa lelaki yang ingin dijadikan suami tetapi masing-masing mempunyai peribadi yang kadangkala membuatkannya keliru dengan pilihannya. Salah satu cintanya pula menemui ajal pada hari persandingan mereka.

Kesudahannya, Sabrina berserah pada Tuhan atas segalanya. Adakah cinta pertamanya dengan jejaka bernama Anuar bakal berputik kembali sehingga membawa ke jenjang pelamin? Adakah Anuar sememangnya tercipta untuknya?


JUDUL: Aku Terima Nikahnya
TERBITAN: Layar Consult Sdn Bhd
PENERBIT: Abu Hassan Morad/Mohd Yusri Mohd Yusoff
PENERBIT EKSEKUTIF: Rohayah Ibrahim/Abdul Halim Che Pa
SKRIP: Zabidi Mohamed
PENGARAH: Saipul Bahri Othman
PENOLONG PENGARAH: Noorsyahida Mohd Radzali
PENATA BUNYI: Hussin Omar
JURUKAMERA: Zamzuri Aripin
PEMBANTU JURUKAMERA: Mohd Faizal Jaafar
PENATA CAHAYA: Shafie Osman
PEMBANTU PENATA CAHAYA: Nor Razmir Suhaimi
PENGURUS PRODUKSI: Shafiq Razlan Ahmad
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Dora Mahdi
PROPSMASTER: Mohd Nawawi Md Yusof
PROPSMAN: Mohd Syahidi Hassan
KONTI: Salwani Zulkarnain
PENGURUS PAKAIAN: Norzama Akhir Mohd Yusoff
SOLEKAN: Ahmad Baqi Ahmad
RUNNER: Abdul Mutalib Chu Abdul Rani
HANDYMAN: Ahmad Azaani Ahmad Idrus
KATERING: Jali Jali Delish
PELAKON UTAMA: Rozita Che Wan (Sabrina), Zaryn Min (Aliah), Normala (Airis Yasmin), Roslan Salleh (Haji Salim), Acong (Zaifudin), Zed Zaidi (Anuar), Ros Iskandar (Ibu Sabrina), Aril Geng Bas Sekolah (Shem), Shafiq Razlan (Soid), Sweet-Budak kecik (Fatin), Amir Pearl (Ramli Penguasa Bomba), Syed Ali (Ustaz Mujahid), Anuar Maskulin (Zakaria Bodybuilder), Ustazah Fatimah El-Zahra, Kismah Johar (Ibu Zaifudin), Raja Niza, Ustaz Nabil (Ustaz Nabil), isteri ustaz Nabil dan Dr Fadzilah Kamsah
TARIKH SIARAN: Februari 2010 untuk saluran Astro Oasis



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom