Home » » » Pelarian cinta tujuh hari

Pelarian cinta tujuh hari



Pengalaman seminggu menjadi pelarian cinta kepada seorang warga Indonesia untuk dibawa lari ke Jawa Timur menjadi mimpi ngeri kepada Norlaili Afizah Omar.

Bagi gadis berusia 19 tahun itu, akibat dilamun cinta kepada seorang buruh binaan, Sarjo atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo itu menjadikan jiwanya tidak keruan sehingga sanggup melarikan diri dari rumah pada 12 Februari lalu.

Ketika menceritakan kembali saat-saat itu, Norlaili Afizah yang membahasakan dirinya sebagai Fizah mendedahkan, dia mengambil pakaiannya sedikit demi sedikit selama sebulan dan memberikannya kepada Abang Jo sebelum melarikan diri.

"Abang Jo juga telah menyimpan duit sedikit demi sedikit supaya kami dapat ke Indonesia dan dia cakap, kami memerlukan perbelanjaan sebanyak RM4,000 untuk pulang ke Jawa Timur," jelasnya ketika ditemui pemberita di sini semalam.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom