Home » » Rasa manis simpan rahsia tekanan jiwa

Rasa manis simpan rahsia tekanan jiwa

Lazim untuk kanak-kanak menyukai gula-gula. Namun, jika mengambilnya terlalu banyak, mereka berdepan dengan risiko mengalami tekanan emosi dan mendapat kesan seperti ketagihan alkohol pula.

Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dalam jurnal Addiction memberitahu, kanak-kanak yang obses dengan gula-gula mempunyai kaitan rapat dengan masalah ketagihan alkohol yang dicetuskan oleh rasa manis yang wujud dalam gula-gula terhadap otak.

“Ia memerlukan paras kemanisan yang tinggi untuk membuatkan kanak-kanak tersebut kembali tenang,” ujar ketua penyelidik, Julie Mennella.

Jelasnya lagi, masyarakat menggunakan gula-gula sebagai hadiah kerana ia menimbulkan keseronokan dalam kalangan kanak-kanak. Namun, sesetengah kumpulan kanak-kanak ini obses kepada gula-gula kerana pengaruh biologi.



1 Komen:

hyfzanie berkata...

mcm mne nk share trus ke facebook?

Catat Ulasan

 
Chatroom