Home » » Crawford dedah rahsia awet muda

Crawford dedah rahsia awet muda

Supermodel Cindy Crawford berkata tidak merokok dan mengelak terik matahari membantunya kekal muda dan jelita.

Model berusia 44 tahun itu menegaskan rutin kecantikan itu membantunya nampak muda kerana melakukan perkara yang menggembirakan.
Beliau berkata: “Ia kombinasi banyak perkara. Saya tidak merokok dan tidak terdedah pada terik matahari. Jika anda ikut selama beberapa tahun, ia akan beri kebaikan. “Ia bukan disebabkan saya bersenam setiap hari. Saya tidak pernah diet tetapi hanya mengambil pemakanan sihat. Saya tidak melampaui batas dan sentiasa mengekalkan berat badan sihat.”

Beliau yang memiliki anak, Presley, 10, dan Kaia, 8, bersama Randy Gerber, juga mengakui gembira dengan kerjaya dan kehidupan yang membantunya sentiasa kelihatan menarik. – Agensi



 
Chatroom