Home » » Album Kau dan Aku

Album Kau dan Aku

Kesinambungan daripada drama muzikal Kau Dan Aku, Astro Entertainment Sdn. Bhd. tampil dengan album berjudul 'Kau Dan Aku' yang memuatkan lagu-lagu yang dimainkan di dalam drama tersebut. Kompilasi daripada tiga (3) artis di bawah naungan AESB ini memberi peluang kepada semua peminat dan penonton setia drama hiburan ini untuk memiliki koleksi lagu-lagu tersebut.

Album ini memuatkan 10 buah lagu iaitu Kau Dan Aku (Akim & Mila), Menanti (Mila), Lelaki Pujaan (Aril & Mila), Kisah Kita Berdua (Akim, Mila & Aril), Menatap Matamu (Aril), Kita Pasti Menang (Akim & Aril), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Berbicara (Isma), Bengang (Akim) serta satu lagu bonus Juara nyanyian Hafiz, Akim & Aril.

Selain itu, peminat juga diberi bonus enam (6) klip muzik video secara percuma sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang telah diberikan kepada drama muzikal Kau Dan Aku ini. Album ini akan mula berada di pasaran pada 17 Mac 2010 dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Selain itu, para peminat juga berpeluang memuat turun nada dering serta muzik video lagu-lagu kompilasi ini di telefon bimbit mereka.



 
Chatroom