Home » » Isa Samad - Bibi Sharliza

Isa Samad - Bibi Sharliza


Selepas lebih empat tahun menduda, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang bernikah dengan bekas Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Mohd Isa, 61, yang kembali aktif berpolitik selepas menang pilihan raya kecil Bagan Pinang pada Oktober tahun lalu, bernikah dengan Bibi Sharliza, 40, di rumah keluarga perempuan, di Taman Fatimah, Kuala Pilah, jam 3 petang ini.

Bagaimanapun, Mohd Isa ketika ditemui Berita Harian di Port Dickson, semalam, enggan mengesahkan perkara berkenaan. Namun, menurut sumber, majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri saudara mara serta kenalan rapat.

Mohd Isa menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi), yang dihidapi selama 10 tahun.

Bibi Sharliza, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menjadi Adun Paroi pada 2004, selain dilantik Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Puteri Umno dan Ketua Puteri Umno Rembau



 
Chatroom