Home » » Sinopsis Drama Bersiri Human Target

Sinopsis Drama Bersiri Human Target

Program menarik di TV3 ialah drama bersiri, Human Target yang disiarkan jam 10.30 malam sejak 11 April lalu. Sebelum ini, TV3 menyiarkan drama bersiri seperti Merlin, Smallville, Kyle XY dan Supernatural yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.


Siri Human Target diadaptasi dari sebuah komik pada tahun 1972 tulisan Len Wein dan Carmine Infantino. Drama ini hasil sentuhan produksi Bonanza Incorporated dengan kerjasama Wonderland Sound & Vision, DC Comics dan Warner Bros.

Human Target disiarkan pada jam 10 malam ketika sesi tayangan perdananya pada 11 April lalu tetapi akan beralih kepada jam 10.30 malam bermula 25 April ini.

Ia mengikuti perjalanan kisah seorang penyiasat peribadi yang sangat unik. Human Target dibintangi oleh Mark Valley sebagai Christopher Chance seorang yang mempunyai pelbagai keperibadian dan identiti berbeza. Selain sebagai penyiasat peribadi, dia juga mempunyai kemahiran sebagai seorang kontraktor dan pengawal peribadi bagi pelanggannya.

Bagi membolehkan Chance melindungi pelanggannya, dia menggunakan keupayaan pemikiran dan firasat untuk mengetahui tindakan lanjut oleh pihak musuh. Chance akan muncul bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh setiap pelanggannya.

Drama bersiri ini akan membekalkan penonton dengan aksi berbahaya tanpa rintangan yang jelas. Siri ini cukup menarik dengan plot yang jelas di ikuti pula dengan sub plot yang akan membuatkan penonton teruja dengan perjalanan cerita ini.

Ia turut diselitkan dengan elemen menyentuh emosi seperti yang belum pernah lagi diadaptasikan di kaca TV. Bukan saja untuk hiburan bersama di kala malam minggu, drama bersiri ini juga mengajak penonton untuk mengupas isu yang berkaitan dengan kehidupan seperti makna harga sebuah nyawa dan nilai harga diri seseorang individu kepada masyarakat.

Turut membintangi Human Target ialah Chi McBride sebagai Winston dan Jackie Earle Haley sebagai Guerrero.

Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!



 
Chatroom