Home » » » Nicole Kidman kawal diet Jeniffer Aniston

Nicole Kidman kawal diet Jeniffer Aniston

Nicole Kidman telah dipersalahkan atas penurunan berat badan mendadak bintang drama Friends, Jennifer Aniston.

Menurut sumber, pasangan itu yang telah menjalin hubungan akrab sejak penggambaran filem terbaru mereka, Just Go With It di Hawaii, Kidman telah mengawal tabiat Aniston yang suka makan.

Aniston yang sudah sudah memiliki badan saiz 6 ketika penggambaran bermula dilaporkan berat badannya telah menurun sebanyak empat kilogram.

"Berat badannya semakin menurun. Kita bimbang ia akan memberi kesan panjang kepadanya," kata satu sumber kepada majalah Grazia.

"Jen biasanya suka mengambil wain, koktel dan makanan Mexico kegemarannya tetapi Nocile begitu tegas mengawal diet dan tabiat pemakanannya."

Pasangan itu dilihat keluar makan malam bersama ketika di set penggambaran dan makan salad di restoran Spago di Hawaii bersama George Clooney yang turut terlibat dalam pengambaran di pulau tersebut.

Ini bermakna bukan hanya Kidman dan Aniston sahaja yang akan menjadi teman rapat. - Agensi



 
Chatroom