Home » » Tetua dan Pigmentasi

Tetua dan Pigmentasi

Tetua ialah bintik-bintik perang kecil yang biasanya tertumpu pada bahagian di antara mata sehingga ke rahang. Dalam kes yang serius, tetua boleh kelihatan seperti 100 titik kecil di seluruh muka. Bintik-bintik perang ini biasanya mula tumbuh semasa pra remaja sehingga ke zaman remaja (kira-kira 16 tahun) dan boleh bertambah banyak secara beransur-ansur.

Tetua lebih biasa hadir di kalangan gadis muda dengan kulit yang sangat putih. Warna tetua boleh menjadi gelap semasa tertekan atau fasa haid. Jika tidak dijaga, tetua akan kekal selama-lamanya di muka.

Cara pertumbuhan:


1. Tetua disebabkan oleh kehadiran melanin. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan kulit ini termasuk keturunan, pendedahan pada sinar ultraungu, keseimbangan pH yang tinggi pada kulit, perembesan dalaman dan hormon yang tidak normal.
2. Jika salah seorang daripada ibu bapa pernah mempunyai tetua, anak-anak berkemungkinan mendapatnya. Tetua biasanya hadir semasa zaman kanak-kanak dan boleh bertambah dengan banyak semasa zaman remaja.
3. Aktiviti luar yang kerap juga boleh menambahkan peluang untuk mendapat tetua. Pigmentasi akan menjadi lebih gelap dan banyak. Sinaran ultraungu boleh dikatakan sebagai faktor utama yang menyebabkan pigmentasi yang teruk.

Kesan:

Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, ton kulit berubah, dll. Pigmentasi boleh dirawat jika rawatan tidak dilengah-lengahkan.

Umur Kadar Kebarangkalian Timbulnya Pigmentasi Peringkat Pemulihan
20 tahun dan ke bawah 10% Kulit boleh dirawat dan pulih dalam masa 35 hari.
Bermula dari 28 tahun 20% Kulit masih kelihatan muda. Pigmentasi boleh dikurangkan dalam masa 3 hingga 6 bulan.
Bermula dari 38 tahun 50% Bahagian pigmentasi mula bertambah meluas.
Bermula dari 48 tahun 70% Pertumbuhan pigmentasi adalah paling banyak.
48 tahun dan ke atas 100% Bintik penuaan akan mula hadir pada seluruh bahagian muka.

Penyelesaian:

* Menyingkirkan sel kulit mati.
* Merawat dan memperbaharui sel terjejas.
* Menghentikan perembesan sel melanin yang abnormal.
* Mengurangkan pigmentasi, memutihkan bahagian yang terjejas.
* Melindungi kulit daripada radikal bebas (daripada sinaran ultraungu).
* Merangsang kadar metabolisme kulit.
* Membekalkan kulit nutrien dan lembapan yang mencukupi.
* Memperbaharui proses kulit dengan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Sumber: http://www.newyorkskinsolutions.com



 
Chatroom