Home » » Tip elak kecurian: Elak bawa beg 'pouch'

Tip elak kecurian: Elak bawa beg 'pouch'

Dewasa ini penjenayah lebih pintar. Ada yang bergerak secara berkumpulan, melakonkan watak berbeza seperti pelancong yang meminta tunjuk arah atau pengemis kanak-HARI ini penjenayah lebih pintar. Ada yang bergerak secara berkumpulan, melakonkan watak berbeza seperti pelancong yang meminta tunjuk arah atau pengemis kanak-kanak, semuanya sebahagian daripada anggota sindiket yang lebih besar. kanak, semuanya sebahagian daripada anggota sindiket yang lebih besar.

Sebagai pelancong di negara asing, ada beberapa panduan mudah yang boleh diamalkan bagi mengelak kecurian akibat penyangak. Sekurang-kurangnya, anda dapat berhati-hati dan sentiasa beringat sebelum terkena! Tidak kiralah kembara jauh ke negara sama ada Eropah atau di ceruk Afrika sekali pun, tempat tumpuan awam yang sentiasa sesak seperti hentian bas dan stesen kereta api dan kompleks beli-belah sememangnya adalah tempat penyeluk saku mencari rezeki. Sehinggakan di Malaysia, masjid dan surau terutama di kompleks beli-belah di ibu kota turut tidak terlepas menjadi sasaran golongan itu. Tambahan pula, ia antara tempat utama penyangak untuk berehat sepanjang hari tanpa dikenakan sebarang bayaran. Di kota besar seperti Paris, sindiket ini bergerak dalam kumpulan yang akan menghadang laluan seseorang yang mahu masuk atau keluar dari bas atau kereta api sebelum menarik barang berharga orang yang menjadi sasaran mereka. Selain itu, ada juga kes peragut secara rambang sengaja melanggar anda dan pada masa sama membuka beg atau menarik dompet yang berada di saku seluar atau disimpan dalam beg galas, tanpa anda sedari. Justeru, sentiasa waspada dengan pencopet ketika naik dan turun dari pengangkutan awam kerana ia sebahagian daripada statistik kes harian di mana-mana ibu kota di serata dunia. Ada juga menyarankan supaya tidak membawa beg 'pouch' yang sekadar diletak atas bahu kerana ia adalah sasaran paling mudah untuk terutama jika anda sedang menaiki pengangkutan awam seperti 'tuk tuk' di Thailand dan 'jeepney' Filipina. PERKARA paling mudah adalah menggunakan tali pinggang duit atau 'money belt'. Bersaiz kecil dan nipis tetapi tersimpan dari pemandangan orang ramai, ia ternyata berjaya mengelak daripada masalah kecurian akibat seluk saku atau rompak. Kini, kebanyakan jenama sukan dan gaya hidup aktif juga mengeluarkan 'money belt' sebagai aksesori keselamatan ketika mengembara.

Justeru, ia hadir dengan pelbagai saiz dan diperbuat daripada material tahan lasak dan kalis air. Namun, perlu diingat ia hanya perlu digunakan untuk tujuan penyimpanan dokumen penting saja seperti pasport, kad pengenalan diri dan nota wang kertas dengan nilai yang besar. Barang kemas sebaliknya perlu disimpan di peti keselamatan hotel. Seperkara lagi, jangan sesekali meninggalkan 'money belt' di pantai jika anda mahu bersantai di pantai. Sebaliknya, simpan di peti keselamatan hotel atau peti simpanan berbayar yang banyak disediakan di pantai peranginan.

Tip untuk wanita, memakai 'money belt' yang sepatutnya melekap di perut boleh menyebabkan anda kelihatan gemuk. Justeru, beli produk bersesuaian dengan tali yang lebih fleksibel atau pusingkan ia supaya berada bahagian belakang badan. Perlu diingat, 'money belt' dipakai di sekeliling pinggang di bawah pakaian. Jangan sesekali membuat perkara bodoh dengan melilit di luar baju. Ia hanya mengundang perhatian daripada pencopet atau peragut.

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah



 
Chatroom