Home » » Bimbang makan nasi

Bimbang makan nasi

Ramai yang bimbang menjamah nasi kerana dikatakan punca berat badan meningkat.
Banyak salah faham mengenai nasi dan gandum. Ada yang mengatakan pengambilan capati yang dihasilkan daripada gandum boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.

Hakikatnya, nasi menyumbang kepada jumlah kalori yang sama dengan gandum. Apa yang penting adalah jumlah nasi yang dimakan. Nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan bertindak sebagai sumber protein yang baik bagi menggantikan daging untuk mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran.

Malah, bagi masyarakat Asia, peningkatan pengambilan nasi mengurangkan pengambilan daging, sekali gus mengurangkan pengambilan lemak tepu.

Beras perang nyata lebih banyak khasiat berbanding beras putih.

Ia adalah sumber mangan, vitamin B kompleks, selenium dan magnesium, selain serat pemakanan.

Selenium bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan kemungkinan masalah usus disebabkan kandungan seratnya. Beras perang juga membantu untuk mengurangkan risiko barah pada bahagian usus, tekak, tiroid, pankreas, perut, payudara, hati dan mulut.

Beras atau nasi tidak mengandungi bahan pengawet serta tahan lama. Serat yang terkandung di dalam beras pula membantu untuk melegakan masalah sembelit.



 
Chatroom