Sinopsis Pak Nil "Ibu Kirim Salam"
Telefilem Pak Nil Ibu Kirim Salam ini mengisahkan seorang remaja istimewa bernama Ramlan berumur awal 20an yang terlalu meminati pengacara popular iaitu Aznil Haji Nawawi dan berhasrat untuk ke Kuala Lumpur bertemu dengan Aznil.
Dalam perjalanan bertemu Aznil, Ramlan telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran yang menguji keimanan dirinya. cerita penuh dengan nilai kerohanian ini turut diselitkan dengan lawak jenaka bagi menghiburkan penonton.
Lebih menarik lagi telefilem berdurasi 90 minit ini akan menampilkan seramai 30 orang pelakon antaranya Along Cham, Didi Alias, Angah RL, Joey, Soya, Linda Onn, Yan Kassim, Almy Nadia, Ekin dan Aida Khalida.
Telefilem pertama arahan Asmawi Ani atau Mawi ini bakal ke udara pada 17 September 2010, pada pukul 12.00 tengahari di Astro Prima saluran 105.
(OST My Coffee Prince) Lirik Lagu Janna Nick & Alvin Chong - Aku Kamu
-
Lirik Lagu Aku Kamu - Janna Nick & Alvin Chong Rasanya kau tahu kita punya
rasa yang sama rasanya kau tahu kita punya rasa yang sama jadi apa
penghujungnya...