Home » Tip kekal cergas sepanjang Ramadan

Tip kekal cergas sepanjang Ramadan

Tip kekal cergas sepanjang Ramadan

1.Waktu ideal bersenam

Tidak kiralah bila anda selesa bersenam. Namun, petang atau beberapa jam sebelum berbuka adalah masa paling sesuai untuk bersenam secara ringkas. Kekurangan air dalam badan boleh diganti semula selepas waktu berbuka.

2. Jenis senaman

Apabila bersenam, tidak usahlah keterlaluan hingga boleh menjejaskan kesihatan. Sebaliknya, mungkin anda boleh praktikkan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan berbasikal untuk mengekalkan stamina serta membantu proses membakar lemak dalam badan.

3. Aktiviti sukan

Tentu ghairah untuk bersukan selepas asyikmelakukan rutin sama setiap hari. Apa kata sesekali turun ke gelanggang untuk bermain badminton, tenis ataupun bola tampar. Itupun bagi yang berkemampuan dan mempunyai tenaga tambahan

4. Berkebun

Aktiviti berkebun memang baik untuk kesihatan kerana aktiviti itu membabitkan pergerakan tubuh badan. Selain seronok, anda juga lebih mesra dengan alam.

5. Mencuci kereta

Apa kata cuci kereta anda sendiri pada bulan puasa. Tidak sesukar manapun mencuci kereta, malah mungkin cucian anda lebih bersih daripada khidmat pusat cuci kereta.

6. Cat rumah

Aktiviti ini paling ideal untuk dilakukan saat menjelang Aidilfitri.

Keseronokan berganda apabila berjaya mengecat rumah mengikut kehendak hati. Lebih-lebih lagi aktiviti sebegitu boleh merangsang peluh dan otot menjadi lebih cergas.

7. Aktiviti di pejabat

Jangan leka bekerja sepanjang masa. Ambil peluang merenggangkan tangan dan kaki untuk mengelak daripada berasa lesu. Aktiviti merenggangkan diri boleh menyegarkan minda.

8. Memasak

Inilah waktu sesuai untuk menguji kepakaran memasak.

Bagi lelaki, tidak salah menggembirakan pasangan dengan mempamerkan bakat memasak. Bukan saja menambah aktiviti sepanjang hari, pujian kasih sayang turut dihulur orang tersayang.



 
Chatroom