Home » » Tip-tip berhenti merokok

Tip-tip berhenti merokok

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

1 Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

2 Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

3 Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak

- Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah

- Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

* Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

* Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

* Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat

* Meningkatkan deria bau dan rasa

* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar

* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok

* Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

* Melindungi alam sekitar

* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

* Meningkatkan kesuburan.

* Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

* Tetapkan tarikh untuk berhenti

* Yakin diri

* Buatkan nota peringatan

* Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"

* Sentiasa berfikiran positif

* Dapatkan sokongan

* Gunakan terapi penganti nikotin

* Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1 Melengah-lengahkan - Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2 Menarik nafas panjang - Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3 Minum air - Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4 Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5. Menjauhkan diri - Daripada orang yang merokok

6 Mengelakkan diri - Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7 Mengunyah sesuatu - Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8 Membasuh tangan selalu

9 Mandi dengan kerap

10 Meregangkan otot - Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11 Meditasi

12 Memohon doa - Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha



 
Chatroom