Home » » Sinopsis drama 26 episod, Dia Atilia

Sinopsis drama 26 episod, Dia Atilia

Sinopsis drama Dia Atilia

Dia Atilia mengisahkan si tomboi Atilia dan Faizal sahabat baik di kolej. Keakraban itu menimbul rasa cinta di hati Atilia terhadap Faizal, tetapi Faizal pula menyukai rakan sekolej yang lebih jelita dan feminin daripada Atilia iaitu Hani.

Lantas, sebaik tamat pengajian di kolej, Faizal dan Hani berkahwin dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Amani.

Jodoh suami isteri itu tidak panjang apabila Hani meninggal dunia selepas terbabit dengan kemalangan dalam usahanya untuk menyelamatkan Amani dari dilanggar kereta.

Selepas bertahun tidak bertemu dengan Atilia, akhirnya Faizal dan Atilia bertemu semula yang tentu sekali mencuit kembali kenangan lama antara mereka berdua.

Dia Atilia peranan utamanya di pegang Zamarul Hisham (Faizal), Fasha Sandha (Atilia) dan Almy Nadia (Hani).



 
Chatroom