Home » » Sinopsis Drama Putera Katak

Sinopsis Drama Putera Katak

Sinopsis Putera Katak

Drama Putera Katak mengisahkan Putera Amar yang tidak bertukar menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora dalam drama 'Putera Katak'.

Sinopsis Drama Putera Katak

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.

Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Slot Lagenda menyiarkan Putera Katak yang diadaptasi daripada cerita dongeng The Frog Prince mulai 29 November ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.



 
Chatroom