Home » » Sinopsis Filem Estet

Sinopsis Filem Estet

Sinopsis Filem Estet

Filem Estet mempunyai kisah aksi, lucu dan teladan kepada masyarakat India dan Melayu. Pekerja estet Cinta Manis bertarung dengan kumpulan estet Red Cobra dalam satu perlawanan bola sepak yang sudah 20 tahun tidak diadakan. Farid dan Shashi, dua pekerja estet yang berkawan sejak kecil. Mereka menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang dilakukan oleh kerani estet, Pooniah. Seorang gadis cantik, Geetha tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi. Sesi latihan dikendalikan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih.


Ayah kepada Shashi, Apaa, adalah pemain bola negeri yang sangat mahir, tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bola sepak estet itu dahulu yang mana kakinya patah diterjah oleh Junna iaitu samseng estet yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Berjayakah Farid dan Shashi serta kawan-kawannya membebaskan pekerja estet Cinta Manis daripada penindasan Pooniah?

Tentang Estet

* Mula ditayangkan di seluruh negara pada Khamis, 4 November.

* Pelakon: Farid Kamil, Shoffi Jikan, Jasmin Michael, Shahshi Tharan, Siti Nurfazurina, K.S Maniam, Gandii Nathen, Mislina Mustaffa, Mohan, Jayasree serta penampilan khas Datuk David Arumugam dan Rosyam Noor.



 
Chatroom